Pisang Muda Goreng

Assalamualaikum..

Hari ini tiba-tiba rasa nak jadi kreatif sikit. Saya goreng pisang lemak manis muda dengan kulitnya sekali.
Boleh tahan juga sedapnya dan sesuai untuk makan petang..

Jom cuba!

image

Cara:
1) 15 biji pisang muda Lemak Manis, disiat kulit iaitu buang lapisan kilat
dan cuci bersih.
2) Setiap pisang ditoreh dan gaul dengan garam. Perapkan sekejap
3) Panaskan minyak dan goreng di atas api sederhana sehingga masak.

Sedap makan panas-panas 🙂

Advertisements

Pisang Goreng Berlada Hitam

Assalamualaikum

Pernahkah anda cuba pisang goreng berlada hitam?
Hanya masukkan 1 1/2 sudu teh serbuk kasar lada hitam ke dalam 150g tepung beras dan bancuh seperti biasa.

Yang pasti saya sekeluarga menyukainya 🙂

Pisang Tanduk berlada Hitam
image