Pisang Muda Bersalut Santan

Beberapa hari yang lepas, ketika di pasar tani saya ternampak banyak pisang muda dijual di gerai-gerai sayur. Saya pun beli seikat. Pisang muda enak sekali kalau dibuat masak lemak dengan ikan kurau masin. Walaubagaimanapun pada kali ini saya cuba satu resipi baru saya iaitu pisang muda bersalut santan.

Tak sangka pula suami dan anak kata masakan ini sedap, apatah lagi bila digandingkan dengan sambal cili dan ikan goreng. 😀

image

Bahan-bahan:

1) 8 biji pisang emas muda.
2) 1 cawan air
3) 10 biji cili padi
4) 1/2 tsp serbuk kasar lada hitam
5) 1/2 tsp serbuk ikan bilis
6) 1/4 cawan santan kotak jenama kara
7) 2 biji buah keras ditumbuk hancur

Cara:

1) Pisang dicuci bersih. Kulit tidak perlu disiat. Dibelah empat memanjang
2) Panaskan 1 cawan air dan rebus pisang sehingga pisang masak dan baki air tinggal sedikit
3) Kemudian masukkan bahan 3~7, kacau perlahan sehingga rata. Bila santan dah masak bolehlah padam api.
4) Kalau suka pedas, cili padi perlu dihiris kecil

Selamat mencuba

Advertisements