Sup Ayam Kacang Hitam

Kacang hitam adalah salah satu makanan yang berkhasiat kerana ia menyediakan nutrien yang baik untuk tubuh badan. Ia kaya dengan serat dan protein baik untuk kesihatan saluran penghadaman terutamanya kolon.
Kajian juga mendapati pengambilan kacang hitam mengurangkan risiko diabetes jenis 2 kerana ia membantu mengawal paras glukosa badan, paras kolesterol dan banyak jenis penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Kacang hitam mengandungi purines. Purines adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan, haiwan dan manusia. Pengambilan purines berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Purines boleh membentuk uric acid dan pengumpulan lebihan purines boleh menyebabkan pengumpulan lebihan uric acid yang menyebabkan gout atau pembentukan batu karang. Sekiranya anda mengalami gout atau batu karang, adalah baik tidak mengambil kacang dalam diet. ๐Ÿ˜ฆ

KACANG HITAM
image

Terdapat 2 cara untuk rendam kacang hitam bagi mengurangkan raffinose (dikaitkan dengan menyebabkan kembung perut).
1) Rebus selama 2 minit dan tutup api. Biarkan dalam periuk yang ditutup selama 2 jam. Kemudian tapis.
2) Rendam kacang hitam selama 8 jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Sebelum masak bilas terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun ada berpandangan air rendaman mengandungi nutrien. Jadi sekiranya tidak ada masalah kembung perut bolehlah ambil air rendaman untuk dimasak.

SUP AYAM KACANG HITAM, my favourite. ๐Ÿ˜‰
image
Saya rebus 1 cawan kacang hitam dan air rendamannya selama 1 jam/hingga empuk dan kemudian masukkan 1/2 ekor ayam kampung. Rebus hingga masak. Tutup api baru masukkan sedikit minyak zaitun, lada hitam dan garam secukup rasa.

I had this for lunch yesterday. ๐Ÿ™‚


WHFoods: Black Beans