Sambal Cili Sauerkraut

Assalamualaikum..

Today’s special – Sambal Cili Sauerkraut 😀

Sambal merah menyala ini bila makan dengan ikan bakar atau ikan goreng dan kalau ada ulam, memang umph! Rasa cili yang pedas dan dicampur pula dengan rasa masam dan ranggup sauerkraut, boleh menambah selera makan hehe..

image

image

Bahan-bahan:

1) 6 biji cili merah dibelah dia dan buang biji
2) 10 biji cili padi/terpulang citarasa pedas
3) 2 ulas bawang putih
4) 3 sudu besar penuh sauerkraut
5) 1 1/2 sudu teh serbuk pati ikan bilis knorr/maggi
6) Garam jika perlu

Cara:

1) Kisar/ tumbuk bahan 1~ 3 sehingga hancur tapi tidak lumat
2) Gaul sauerkraut, pati bilis dan bahan kisar sehingga sebati. Rasa dahulu sebelum masukkan garam.