Nasi goreng Kerabu

Kali pertama saya masak nasi goreng kerabu ikan masin. Hmm.. suami dan anak lelaki saya kata sedap!! Resipi ni kawan bagi pagi tadi ketika kami jamu selera di kaki bukit selepas bersenam ( hari ni rakan2 yang sama naik bukit menganjurkan jamuan hari raya secara potluck) Ramai yang hadir dan terdiri dari berbilang kaum. Suasana sangat riang dan mesra sekali…

image
Saya hiris nipis daun kesom, limau purut, daun selasih, 1 bunga kantan dan 1 batang serai (saya buang semua lapisan keras), ikan masin (kurau) digoreng, cili padi dan bawang putih.
(kawan saya masukkan bawang merah)

image
saya kisar cili padi + bawang putih + ikan masin, kasar (jangan terlalu halus). Kawan saya tumbuk semua bahan2 ni. Saya, sebab terlalu rajin, kisar je..hahaha

image
Tumis bahan yang dikisar

image
Masukkan nasi dan kacau bagi sebati

image
Masukkan ulam yang telah dihiris nipis dan gaul rata

image
Saya tabur ikan bilis. Pada pandangan saya, kalau nak masak nasi goreng kerabu boleh masukkan macam-macam jenis ulam kegemaran tapi daun limau purut kena ada sebab daun ni membuat nasi lebih sedap. Bagi saya resipi ni memang best dan jangan lupa buat sambal belacan! 😉

Khasiat daun selasih

Selasih adalah herba yang sering digunakan dalam masakan sebagai bahan perisa yang sangat unik dan disamping itu juga selasih memberi beberapa manfaat kesihatan tanpa kesan sampingan. Adalah dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit2 sendi.

image

Dalam perubatan Ayurveda, selasih digunakan merawat berbagai penyakit biasa dan pakar2 naturopathic menggunakan selasih bagi rawatan kencing manis, gangguan penafasan, alahan dan ketidaksuburan. Selasih mengandungi asid cinnamaniac yang meningkat peredaran darah dan menstabilkan gula dalam darah.Daun Selasih selalu di makan mentah dan ia kaya dengan antioksidan .

Teh selasih (secawan air panas + beberapa helai daun selasih, rendam selama 5 minit, tapis dan masukkan madu dan lemon) diambil untuk melegakan loya kemoterapi dan radiasi. Masukkan segenggam selasih kedalam mangkuk dan ramas2 bagi mengeluarkan minyak dari selasih dan tuang air panas dan biarkan selama 15 minit, untuk digunakan sebagai air mandian yang baik untuk kulit.

Saya suka masak telur dadar + daun selasih

image
Cendawan dihiris nipis dan masukkan kedalam kuali, bila air cendawan dah kering saya masukkan mentega, garam dan lada hitam.

image
Masukkan telur + garam (di pukul sebati) kedalam cendawan.

image
Dua keping keju diletak keatas telur dan tabur daun selasih.

image
Balik balikan. Saya suka makan bersama roti.