Kadang-kadang bila terpandang pada daun kaduk, ia seakan juga dengan daun sirih, cuma daun kaduk ini warnanya lebih hijau tua dan berkilat. Pokok kaduk mudah ditanam dengan menggunakan keratan ranting atau taburan biji benih dan ia cepat membiak dan hidup subur dikawasan yang lembap.

Selain pucuknya yang sering dibuat ulam, daun kaduk juga dimakan sebagai pembuka selera apabila direbus atau dicelur dan dicicah dengan sambal belacan. Ia juga banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu.

Daun kaduk mempunyai kadar antioksidan yang tinggi.
image

Khasiat akar & daun kaduk dapat merawat:
1) Air rebusannya diminum untuk tujuan merawat masalah penghadaman, melegakan sakit tulang, lenguh dan bisa badan, melegakan masalah angin dalam perut dan usus serta menurunkan suhu demam panas.
2) Daun kaduk yang ditumbuk lumat, ditampal dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sakit tulang atau dipupukkan pada bahagian yang dijangkiti panau.
3) Manakala akar kaduk boleh merawat sakit gigi & gusi. Tumbuk lumat dan tampal pada tempat yang sakit.
4) Air rebusan akar kaduk boleh digunakan untuk merendam kaki yang dijangkiti kulat.

Teringat masa muda dahulu ketika dalam pantang bersalin… mak saya akan panaskan tungku dan dimasukkannya ke dalam kain yang berlapikkan berbagai jenis daun herba termasuklah daun kaduk. Ia dituam dibahagian tertentu bertujuan untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan angin serta memberi rasa kesegaran pada tubuh badan. πŸ™‚

Sumber: Rempah-ratus
Ong Hean Chooi

6 thoughts on “Khasiat Akar & Daun Kaduk

  1. Salam Kak,
    Tengok daun kaduk ni teringat makan di restoran Thai. Daun kaduk diletakkan toasted sliced coconut, hirisan limau nipis & cili, kacang hancur & sos manis, lipat mcm makan sirih. Sedap sangat. Klu masuk restoran Thai, tak pernah miss order ni. Mcm2 lagi kegunaan dia rupanya.

  2. Adakah daun sireh kaduk ini direbus dn airnya dibuat mandi utk menhilangkn rasagatal atau miang yg teramat sgt pd seluruh tubuh badan sy..

    1. Masalah yang saudari hadapi adalah berat . Saya rasa tentu saudari sudah berjumpa doktor . kalau belum dptkan nasihat doktor. Sekiranya pelbagai usaha dah dilakukan dan masih belum berjaya, mungkin saudari perlu check makanan atau pewarna yang terdapat dalam makanan yang diambil yang ada kemungkinan menjadi penyebab kepada masalah ini. saya tidak tahu sama ada air rebusan daun kaduk boleh atau tidak merawat rasa miang dan gatal badan …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s