Daging Pala Kukus

Salam semua

Jom cuba resipi Daging Pala kukus

image

Bahan-bahan:
1) 1 ketul 250g daging batang pinang/lembut dikukus sehingga masak
2) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
3) 1 biji tomato dihiris nipis
4) 3 pokok daun bawang dihiris 1″ panjang
5) 1 1/2 tbsp minyak bijan
6) 1 biji jus lemon. Kurangkan kalau suka kurang masam
7) 1/2 tsp serbuk buah pala
8) Cili padi, serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Cara:
1) Bila daging dah suam baru dihiris nipis
2) Ramas semua bahan sehingga sebati.
3) Biarkan 30 minit sebelum dihidang
4) Sebelum dihidang gaul lagi supaya rasa daging kukus lebih sebati

Pembuka selera
Yummy! 🙂