Hari ini kita vegetarian.

Bila suami telefon saya, kita makan apa petang ini?
Saya kata padanya “hari ini kita vegetarian”.
Masak apa?
Dengan ringkas saya jawab, spaghetti 😉
Tak masukkan minced meat?
Kita kan vegetarian hari ini, jadi tak adalah daging. Hehehe…

Hari ini masak spaghetti, saya masukkan sebiji buah epal. Bau harum epal ketika saya rebusnya dengan cendawan begitu menyelerakan.
A very simple and easy recipe, saya guna organic tomato sauce with eggplant.

The sauce.
image

Sebiji epal yang disagat.
image

The vegetarian food, ready to be relished. 😀
image

Saya masak secawan air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan cendawan butang yang dihiris dan sebiji epal yang disagat. Selepas 5 minit saya tuang sebotol sos dan masukkan carrot dan zucchini yang dihiris. Tabur serbuk lada sulah dan garam secukup rasa. Walaupun simple tapi sedap, mungkin kerana sos tomato segera ini, hehe..

Sekali sekala jadi vegetarian baguslah juga 😀

Spagetti dan Marmite

Resepi ini sangat mudah dan simple (mungkin anak2 kecil akan suka untuk galakkan mereka makan marmite). Ikan bilis boleh diganti dengan daging atau ayam.
(daging atau ayam dipotong kecil dan digoreng bersama bawang putih terlebih dahulu, rasa lagi sedap)

image

image

image
Bila spagetti dah masak kemudian sejat, masuk minyak zaitun 1/2 sudu makan, 1/2 sudu teh madu, 1/2 sudu teh marmite, garam secukup rasa dan gaul sebati. Kemudian masuk ikan bilis dan kacau bagi rata.(resepi ni untuk sepinggan kecil spagetti.)

image
Saya kisar ikan bilis
image
Masuk 1 sudu makan minyak zaitun,1 sudu teh marmite, 1 sudu teh madu, 1 sudu makan ikan bilis yang dikisar dan garam secukup rasa. Gaul bagi rata dan tabur sedikit ikan bilis atas spagetti.