Matahari dan Kesihatan

Semasa di dapur jenguk2 ke luar tingkap tiba2 terfikir hmm… pokok di belakang rumah ni kalau tak dapat cahaya matahari, apa akan terjadi ya? mati? rasa2 macam tu le atau hidup segan mati tak mahu. Tapi bagaimana pula jika manusia yang tidak mendapat cahaya matahari atau mendapat sedikit sahaja cahaya matahari? Teringat satu ketika dulu saya pernah membaca kehebatan cahaya matahari, menyediakan tenaga dimana semua benda2 hidup perlukannya untuk hidup dimuka bumi ini. Kita sering terdengar banyak keburukan tentang matahari sehinggakan bila nak keluar rumah sekejap pun, pakai ‘sun block’ Kerana terlalu takut, risau dan percaya bahawa matahari akan memudharat kita.

Matahari adalah diantara sumber terbaik untuk mencegah pelbagai penyakit malah, beberapa pakar kini percaya bahawa sinar matahari memberi manfaat yang lebih kepada kesihatan dengan syarat mendapat dos yang betul.

Dikatakan ramai mendapat penyakit yang serius disebabkan kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Manfaat utama Cahaya matahari ialah keupayaan meningkat vitamin D pada tubuh badan. Kesan dari itu boleh memberi kulit jadi sihat, menggalakkan dan membantu mengurangkan ketoksikan dalam aliran darah, melegakan saraf, meningkatkan mood dan dikatakan boleh merawat kemurungan dan tekanan. Cahaya matahari boleh membunuh bakteria, kulat dan hama. Di hospital bila bayi yang menghidap penyakit demam kuning, bayi ini akan di jemur di bawah cahaya matahari bagi menyembuhkan dari penyakit ini. Dikatakan Kekurangan vitamin D boleh menyumbangkan kepada penyakit kanser, penyakit berjangkit, sakit kronik, mudah berasa letih, penyakit buah pinggang, memburukkan lagi keadaan osteoporosis dan juga akan menyebabkan penyakit tulang yang menyakitkan.

Saya baca kisah seorang wanita yang sering sakit, gemuk, kurang tenaga hinggakan bila naik tangga terasa lemah, tercungap2 dan mengalami gejala menopaus dapat memulihkan kesihatannya dengan berjemur dan mengambil supplement. Ada kisah pesakit berusaha berbagai cara untuk berubat, akhirnya berjemur di bawah sinar matahari menyelesaikan masalah mereka. Kadang2 bila kita dapat sesuatu dengan percuma kita tak rasa benda yang kita dapat tu penting dan bernilai!!