Holland Fennel For Lunch?

Tak perlu pergi ke Holland untuk makan masakan ni…. hehe..

Sayur ni memang namanya Holland Fennel.
Saya buatkan sup ini untuk anak saya sebab dia nak makanan yang tidak mengemukkan tapi mengenyangkan. 🙂

Sayur Holland Fennel
image

Ubi kentang dikukus terlebih dahulu
image

Holland Fennel dan Leek dihiris nipis
image

Sup Holland Fennel
image

image

Bahan-bahan:

1) Holland Fennel
2) Leek
3) Ubi Kentang
4) Lada Sulah
5) Marmite
6) 1/2 periuk air rebusan ayam
7) Minyak bijan

Saya masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk air rebusan ayam dan masak selama 20 minit di atas api yang kecil. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa…

Sup ni memang sesuai bagi mereka yang ingin turunkan berat badan. 😀

“Healthy Food, Healthy Body”