khasiat susu kambing

Susu kambing sering dikatakan sebagai makanan yang paling lengkap kerana komposisi nutriennya hampir sama dengan susu ibu terutama jika diambil mentah (raw) dan organik. Ia kaya dengan zat vitamin, mineral, elektrolit, enzim, protein dan asid lemak. Kini ramai sudah gemar mengambil susu kambing kerana mendapati ia menawar pelbagai manfaat kesihatan.

Kandungan mineral dalam susu kambing seperti kalium penting untuk membantu mengekalkan tekanan darah yang normal, mineral selenium boleh meningkat sistem antibodi dan imuniti badan, kalsium untuk tulang dan juga ia bersifat alkali dan sesuai diminum untuk semua peringkat umur.

Susu kambing sangat baik untuk membina semula tisu otak, sel2 badan, sistem saraf, mencegah penyakit anemia, menaikkan aliran pH darah, mampu melawan mikrob, mencegah diabetes, menurun berat badan kerana kandungan lemak yang rendah dan dikatakan boleh merawat asma, ekzema, jangkitan telinga berulang, artritis, ulser perut dan gout.

Badan kita boleh mencernakan susu kambing dalam masa 20 minit di bandingkan 2-3 jam untuk mencerna susu lembu. Ia mudah dihadam dan jarang sekali menyebabkan intoleransi laktosa. Susu kambing tidak mempunyai protein kompleks yang merangsangkan reaksi alahan, tidak menghasilkan mukus dan tidak akan memburukkan lagi keadaan alergi penafasan seperti asma.

Pakar pemakanan telah mendapati bahawa susu kambing secara keseluruhan adalah lebih sehat dari susu lembu kerana nilai pemakanan yang lebih tinggi. Dikatakan susu kambing tidak mengandungi bahaya hormon yang boleh mencederakan jantung dan arteri kerana tidak seperti lembu,di katakan kambing tidak diberi hormon sebab pengeluaran susu kambing tidak akan meningkat jika diberi hormon somatotropin (bagi menggalakkan pengeluaran dengan cara luar biasa).

Cuba le try minum susu kambing dan buatlah perbandingan, mana lebih baik untuk kesihatan badan, susu kambing ke atau susu lembu??

Susu Kambing dan Buah Kurma

Saya kisarkan Buah Kurma dengan air suam  sehingga Buah Kurma menjadi halus, kemudian masukkan susu kambing dan kisar lagi untuk beberapa saat saja, hmm sudah menghasilkan satu minuman yang berkhasiat tinggi.
Saya suka Kerana mudah disediakan dan rasa pun sedap!

image

image

(Saya masukkan secubit ‘sea salt’, rasa lebih enak)

Lain kali saya nak masukkan oats, Wheat brans dan apa saja (cream crakers?¬† why not!) untuk sarapan. Yang bestnya suami saya suka. Sungguh menjimatkan masa saya didapur hahahaha…

Untuk mengetahui khasiat susu kambing, boleh rujuk entry ini

Untuk khasiat buah kurma, boleh klik di sini