Alhamdulillah, Selamat Pulang…

Assalamualaikum & hi all!

Alhamdulillah, kami selamat tiba ke rumah pada jam 4 petang tadi selepas lebih 8 jam berada dalam kapal terbang. Masih terasa kepenatannya.. Syukur ke hadrat Allah segalanya berjalan lancar. Doa kami semoga ibadah Umrah kami diterima Allah dan mendapat keredhaanNya..

InshaaAllah, bila ada kesempatan masa nanti, saya akan siarkan gambar-gambar di sekitar Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah. Semoga menjadi motivasi dan panduan untuk mereka yang bercadang hendak ke sana.

Sneak peek: Bersama suami di Jabal Uhud. 🙂
image

Selamat pulang.

Masa berlalu begitu pantas. Alhamdulillah anak dan menantu selamat pulang dari mengerjakan Umrah. Mereka kelihatan begitu ceria dan bahagia. Semoga segala ibadah mereka diterima oleh Allah begitu jua setiap doa dimakbulkannya.

Rasa2 macam baru saja hantar anak menantu ke airport, hari ni mereka dah berada dirumah. Kadang2 terfikir jugak dari hari ke hari tup tup dah seminggu. Bagaikan tak percaya cepatnya masa beredar. Dulu2 kalau terjaga ditengah malam, rasa lama sungguh menunggu subuh, tapi kini pejam celik-pejam celik, tanpa disedari dan dirasai seolah2 masa berlari begitu laju hinggakan tak terasa menanti waktu subuh.

Begitulah putaran masa. Dunia semakin tua…..

Destinasi yang indah.

Kami tiba di KLIA jam 12 tengah hari. Ramai jemaah sedang berlegar2 disitu. Seperti biasa wajah para jemaah kelihatan ceria, begitu jua anak sulong saya serta suaminya. Senyuman sentiasa dibibir. Ini adalah kali kedua mereka akan menjejaki tanah suci Mekah. Mereka akan berada disana selama sebelas hari.

Enam belas tahun yang lalu saya dan suami membawa ketiga2 anak kami menunaikan umrah. Ketika itu anak sulong berusia 17 tahun. Mereka sungguh gembira, bersemangat dan rajin mengerjakan ibadat. Sebagai ibu, saya berasa sangat bersyukur kehadrat Illahi. Saya selalu bedoa kepada Allah swt. semoga anak2 menjadi hamba yang soleh, dikurniakan kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.
image

Tiada tempat yang paling indah, melainkan berada di Mekah dan Madinah…Ketenangan hati, kedamaian jiwa…..