Dah lebih seminggu saya tak naik bukit. Tempat riadah saya dan kawan2. Biasanya jam 7.30pg saya dan best friend akan keluar rumah, kami akan jalan naik ke bukit Melawati yang terletak berhampiran dengan rumah kami. Cuaca pagi sungguh nyaman dan suasana amat ceria. Kami rasa amat gembira bila bertemu kawan2. Bertegur sapa, bertanya khabar dan mendengar cerita. Ramai yang begitu serius menjaga kesihatan.
Biasanya kami berjalan selama sejam. Badan akan rasa segar. Memang ternyata aktiviti ini menyeronokkan. Kadang2 suami turut serta, tapi dia lebih suka main golf.
Saya pernah menonton dokumentari mengenai mereka2 yang menghidap penyakit kanser pada tahap serius. Biasanya Doktor mengesahkan tiada harapan untuk hidup lama, dengan semangat yang cekal, kemahuan untuk hidup, tanpa mengenal putus asa membuat mereka, hari2 mendaki bukit dan disamping itu juga mereka banyak mengambil sayur2an dan menjauhi makanan yang boleh membiak sel2 kanser ( seperti gula, daging, susu dll ) Akhirnya mereka disahkan oleh doktor sembuh dari kanser.
Aktiviti riadah seperti mendaki bukit boleh meningkatkan tahap oksigen didalam badan, dan menurut kajian yang dijalankan ada berpendapat oksigen boleh menghapuskan sel2 kanser.
Untuk memiliki tubuh yang sihat, kita kena aktif. Banyak penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol dll dapat dicegah kalau kita rajin bersenam, InsyaAllah.