Pukul 9.30 pagi saya dan tiga orang kawan ( mereka dari singapore ) berkumpul dilobi hotel. Kami berjalan selama15minit ke tempat naik bas pelancong. Kami diatas bas dua tingkat mengeliling bandar Sydney selama satu jam (biasa satu jam setengah) dan turun tukar bas Kerana nak ke Bondi dan teluk Bondi
Bayaran sebanyak 85 Australia dollar (RM 272) termasuk keSydney Aquarium dan keMadame Tussauds.
Hujan rintik2. Semasa kami di Aquarium dan Madame Tussauds, hujan agak lebat. Masa nak balik menunggu bas hujan dah berkurangan, masih rintik2.
Gambar2 dibawah adalah bandar Sydney. Tak sangka gambar2 ni terang sebab masa mengambilnya ingatkan tak jelas.
Gambar2 seterusnya, di Bondi.
Pemandangan diBondi sebenarnya sangat cantik tapi oleh kerana cuaca pada masa tu saya jangkakan gambar tidak akan menjadi, maka saya tidak mengambilnya.
Di Sydney Aquarium.
Di Madame Tussauds.
Presiden Amerika
Aktres Marilyn monroe.
Aktres Nicole Kidman.
(Banyak lagi patung2 lilin ni tapi saya sengaja tak rakam.)
Gambar dibawah dirakam semasa perjalanan pulang.
Kenangan dan pengalaman yang sangat menarik.
Esok, insyaAllah nak ke Blue Mountain. Kalau cuaca baik boleh le rakam banyak gambar. Semoga Allah permudahkan dalam segala hal semasa perjalanan kami. Esok insyaAllah melihat alam semulajadi ciptaan Allah, betapa Allah Maha Agung Maha Pencipta….
Waaaa… Bestnye!!!!
Sangat best……!