Lada Hitam, Raja Rempah?
Lada Hitam mempunyai rasa pedas yang kuat dan bertindak sebagai diuretik, menggalakkan tubuh badan berpeluh dan menyingkirkan toksin yang berbahaya daripada badan juga membantu proses penghadaman dan pencernaan.
Lada Hitam yang segar dikatakan yang paling mujarab dan berkesan bila digunakan untuk merawat perut kembung, senak, merangsang selera makan, menghentikan pendarahan, pedih ulu hati, cirit birit, melegakan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dan sistem penafasan, di samping itu juga dikatakan mampu mencegah penyakit kanser payu dara.
Di Malaysia, ramai wanita2 ketika dalam pantang bersalin suka mengambil lada hitam dalam makanan mereka kerana di rasakan lada hitam boleh memanaskan badan, merawat peranakan dan juga boleh melegakan otot2. Saya pernah di beritahu satu ketika dulu, ada terdapat kandungan lada hitam yang banyak didalam rempah ratus yang di jual dipasaran untuk ibu2 yang bersalin. Tak pastilah pulak sejauh mana kebenaran itu.
Petua untuk menghilang kotoran pada kulit dan membuat kulit menjadi segar dan ‘glowing’
Ambil secubit lada hitam yang di hancurkan halus + 1 sudu teh gula + minyak zaitun digosok perlahan2 pada kulit (sebagai agen penglupasan). Saya sendiri tidak pernah cuba jadi tidak dapat nak sahkan samaada petua ini benar2 berkesan atau pun tidak.
Lada Hitam akan hilang aroma dan perisa jika sekiranya terdedah kepada cahaya dan udara terlalu lama.
Pernah tak makan ais krim lada hitam? Saya? tak pernah. Dengar kata sedap!! InsyaAllah kalau jumpa ais krim lada hitam nanti nak cuba le…
Org dulu2 belah lada hitam kmudian letak kat pusat baby supaya tak masuk angin tapi ttg tumbuk lada hitam sapu pd kulit..aish tak panas ke..alahai nk cuba try pun seram je..
Salam perkenalan. .ais krim lada itam? Ada ker? X pernah dengar lak…menarik nih..apa rasanya erkk..
Salam perkenalan jua. Terima kasih sudi singgah di sini.. 🙂
Saya diberitahu terdapat ais krim lada hitam tapi hingga kini belum lagi berpeluang merasanya. Ada kala bila saya buat jus buah, saya akan taburkan sedikit serbuk kasar lada hitam, memang sedap!