Jagung adalah salah satu makanan yang paling popular di dunia walaupun begitu, hanya segelintir saja masyarakat yang tahu bahawa cornsilk atau bulu jagung yang terdapat dikeliling jagung itu boleh menjadi ubat yang berharga.

Jom baca kelebihan yang terdapat dalam cornsilk..

Air rendaman cornsilk merupakan ubat yang berkesan bagi merawat jangkitan yang berlaku pada sistem kencing. Ia perlu diambil apabila tanda-tanda awal jangkitan mula berlaku bagi melegakan inflamasi dan irritasi. Cornsilk juga membantu fungsi dan memelihara kesihatan buah pinggang, pundi dan saluran kencing. Ia juga digunakan untuk merawat nanah dalam air kencing, pundi kencing yang tidak terkawal dan pembesaran kelenjar prostat.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah kencing malam boleh dirawat dengan memberi minum air rendaman cornsilk

FRESH CORNSILK/BULU JAGUNG SEGAR
image

DRIED CORNSILK/BULU JAGUNG KERING, boleh digunakan bila perlu.
image

Penyelidikan dari China menunjukkan bahawa cornsilk boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan masa pembekuan darah.

Andrew Chevallier: Herbal Remedies
Rendam 1 sudu dessert (penuh) cornsilk yang dihiris kecil dengan 1 cawan air panas selama 15 minit. Minum sehingga 5 cawan sehari atau sebanyak perlu.

Remedi semulajadi ini boleh membantu dan memberi kelegaan pada masalah yang dihadapi tanpa kesan sampingan, insyaAllah.

Rujukan:
The Desktop Guide to Herbal Medicine
Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine

8 thoughts on “Cornsilk.

  1. As Salam Kasih,
    Sekali lagi, satu perkongsian ilmu yang sangat baik. Terima kasih dan semoga ALLAH memberi ganjaran kepadamu, Kasih.
    Pertanyaan, adakah apa-apa jenis jagung pun boleh? Dan sememangnya kita hanya perlu merendam bukan merebus?
    Semasa kecil dulu, saya suka hisap janggut jagung rebus ni sebelum membuka kulitnya. Lepas dibuka, kami akan main dengan janggut ni dan letak kemas-kemas di bawah hidung supaya kelihatan seperti arwah ayah. Memang nakal zaman kanak-kanak dulu.

    Selamat Hari Ibu setiap hari..

    1. Waalaikumussalam Nurhayyu. Sama2 dan terima kasih jua kerana sudi meluangkan masa membaca dilaman ini. Semoga ilmu yang dikongsi bersama mendapat keredhaan illahi. 🙂
      Dari buku rujukan yang dibaca tidak disebut , jadi bagi pandangan saya boleh saja bulu jagung dari mana2 jenis, insyaAllah. Saya juga rujuk banyak buku cara mengambilnya dan sehingga kini yg di temui, semua mencadangkan rendam bulu jagung tu. Masa kanak2, saya pun suka juga hisap jagung yang telah direbus dan bulu jagungnya. hehe…
      May Allah bless us all… 🙂

  2. Tak sangka pulak bulu jagung ni ada kegunaannya…

    Masa kecik2 dulu suka jugak hisap tongkol jagung rebus… Gigit2 sampai pecah.. Manis je rasa isi dalam tongkol tu.. hehe..

    Thanx for sharing.. 🙂

    1. You are most welcome. 🙂
      Betul tu Azyma.. ada manfaat bulu jagung ni.. lepas ni bila beli jagung bolehlah keringkan bulunya dan simpan untuk kegunaan bila d perlukan. 🙂

  3. salam,
    tumpang tanya, cornsilk yg digunakan untuk turunkan tekanan darah tinggi tu boleh guna fresh cornsilk x? sebabnya, rasa lebih mudah dapatkan yg fresh dari yg segar.

    1. Waalaikumussalam Linda Balqis. Sebaik2 nya guna cornsilk yang segar/fresh. Kadang2 tu bila kita beli jagung segar terdapat banyak cornsilk, jadi sayang kan kalau kita tak keringkan dan simpan…kalau ada yang kering tu bila2 masa perlu, sentiasa ada.., senangkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s