Bahan pewarna sintetik atau tiruan sering digunakan di dalam makanan supaya makanan kelihatan lebih lazat, lebih menarik dan menyelerakan. Namun selamatkah bahan kimia ini untuk dimakan? Ramai diantara kita masih berwaspada dengan penggunaan pewarna di dalam masakan kerana terdapat laporan mengenai hubungkait antara pewarna merah no.2 dengan kanser. Pewarna merah no.2 telahpun diharamkan untuk dijual di Amerika Syarikat, namun begitu beberapa pewarna makanan lain boleh juga memberi kesan-kesan yang negatif pada kesihatan manusia.. Contohnya, pewarna kuning no.6 boleh menyumbang kepada terjadinya ketumbuhan pada buah pinggang dan pewarna kuning no.5 boleh mencetus gejala asma dan gatal-gatal. Pewarna merah no.3 juga boleh menyumbang kepada kerosakan kromosom dan tumor tiroid. Warna ini bila digabungkan dengan warna biru boleh menyebabkan penyempitan bronkus.

Satu analisis kajian pada tahun 2010, mengenai hubungan antara pewarna makanan dan kesihatan oleh The Center for Science in the Public Interest (CPSI) menemui bukti menyakinkan bahawa pengambilan pewarna makanan tiruan boleh mencetuskan masalah kegelisahan dan hiperaktif dalam kebanyakan kanak-kanak.

Ada yang mendakwa bahawa pewarna tiruan adalah toksik dan kuantitinya mungkin cukup untuk menyebabkan kanser. Oleh yang demikian adalah wajar bagi kita untuk mengelak dari mengambil makanan yang mempunyai pewarna tiruan, bagi memastikan kesihatan kita sekeluarga terjamin. Emmm.. fikir-fikirkanlah.

Ok itu sajalah info tentang pewarna tiruan…

Sekarang marilah kita tengok pula resipi ikan bilis kurau yang saya masak untuk dinner semalam. πŸ™‚

IKAN BILIS KURAU ASIN REMPAH

 

1449052935499

Bahan-bahan:

1) Segenggam ikan bilis
2) 1 labu bawang besar dihiris nipis
3) 1 sudu teh biji ketumbar
4) 1 sudu teh biji lada hitam
5) 1/2 sudu teh jintan putih
6) 1/2 sudu teh jintan manis
7) Cili padi dihiris
8) Ikan masin kurau dihiris kecil kiub (banyak ikan masin lagi sedap)

Caranya:
1) Panaskan minyak dan goreng semua bahan 2~8 sehingga bawang menjadi kekuningan dan garing.
2) Kemudian tuang bahan yang digoreng ke dalam penapis dan toskan
3) Panaskan minyak yang baru dan goreng ikan bilis sehingga garing, tuangkan ke dalam penapis dan toskan
4) Gaul rata ikan bilis dengan ikan masin. Dah pun boleh dihidang.

Selamat mencuba, masakan ini memang meningkat selera makan saya.. sekali sekala je masak ni. πŸ˜‰

.

.

.

Food Coloring & Health Problems

The Dangers of Artificial Foods Colors

Artificial Food Coloring Health Effects

4 thoughts on “Pewarna Makanan: Adakah ia selamat?

  1. Kajian menunjukkan bahawa beberapa jenis pewarna makanan juga pewarna tekstil dari Kumpulan azo yg mempunyai ikatan N=N adslah karsinogenik iaitu penyebab kanser. Yang lebih menakutkan setelah ikatan di pecah kan oleh enzim reduktase yg terdapat di hati, metabolit yg terhasil iaitu jenis amina dikatakan adalah lebih toksik dan karsinogenik. Jika kita boleh mendapat pewarna dari sumber asli utk ditambah Ke dalam makanan ia adalah lebih selamat sebagai contoh warna biru bunga telang untuk nasi kerabu atau kuih keladi dan contoh yang terbaik estrak pandai pengganti warna hijau bahagian atas kuih seri muka adalah lebih menarik dari warna sintetik. Saya telah membuat kajian mengenai bakteria yg blh memecahkan warna azo secara menyeluruh untuk menghasilkan metabolit yg lebih selamat tapi hanya tertumpu pada pewarna tekstil…wallahualam!

  2. Hi,
    I would love to try your recipe, but tempe remind me of, my Makcik saya pengusaha tempe dan makan tempe setiap hari ada kanser perut tahap akhir.
    Ada ramai pengusaha ragi yang tak ada siapa tahu apa yang sebenarnya yang ada tambahan dalam ragi. Sekarang semua nak cepat dan nak buat duit banyak. Orang ramai makan dengan sewenang-wenangnya.
    Thanks

    1. Hi,
      Saya rasa simpati pada mak cik anda. Semoga dia dapat dipulihkan…
      kita perlukan ragi/ tempe starter untuk membuat tempe. Mungkin ragi yg dibuat secara traditional lebih selamat digunakan? Ramai berpendapat tempe selamat dimakan dan ianya berkhasiat. Mungkin juga masa membuat tempe berlaku percemaran tanpa disedari…
      Atau seperti yg Adi katakan, kita tidak tahu bahan tambahan yg terdapat dalam ragi yg boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan.
      Please try some of my recipes. You may like it πŸ™‚ Thank you.

Leave a comment