Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah swt. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kita masih diberi peluang, insyaAllah untuk bertemu sekali lagi pada hari esok dengan bulan Muharram.
Mungkin ramai telah berazam hendak melakukan hijrah, perubahan kepada kehidupan yang lebih baik, menjadikan tahun 1435 Hijrah untuk melipatgandakan ketaqwaan dan amalan soleh kepada Allah swt. InsyaAllah.
Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Puasa sunat pada bulan Muharram lebih diutamakan pada 10 Muharram iaitu pada hari ‘Asyura.
Ertinya: “Rasulullah s.a.w pernah ditanya: ‘Solat apakah yang lebih diutamakan setelah solat fardu?’ Beliau menjawab: ‘Mengerjakan solat sunat ditengah malam.’ Beliau ditanya lagi: ‘Puasa apakah yang lebih diutamakan setelah puasa Ramadan?’ Beliau menjawab: Berpuasa di bulan Allah yang kamu namakan sebagai bulan al Muharram.”
Dari Ibnu Abbas ra, katanya: “Tatkala Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintah orang ramai agar turut berpuasa, mereka berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Ia merupakan hari yang diraikan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Beliau bersabda: “Jika usiaku sempat menemui tahun hadapan ini, insyaAllah, kita akan berpuasa pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas berkata: ‘Sayangnya, belum lagi tiba tahun berikutnya, Rasulullah s.a.w telah pun wafat.
Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud.
Semoga setiap amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah s.a.w
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak (tidak diterima).
Hadis riwayat al-Bukhari.
.
.
.
.
.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan kepada semua,
Semoga kita dikurniakan Allah swt kebaikan dunia & akhirat. Amin..
Rujukan:
AS-SAYYID SABIQ
FIQAH SUNNAH Jilid 2