Bagi saya bunga lidah kucing nampak lebih cantik dan menarik bila ia banyak dan merimbun. Tanaman ini sering dijadikan sebagai pokok hiasan bagi menceriakan landskap rumah dan taman-taman. Selain dari warna kuning ada juga bunga lidah kucing warna putih, merah jambu, biru dan ungu. Lidah kucing boleh ditanam menggunakan biji ataupun dengan keratan ranting dan ia adalah tumbuhan yang mudah hidup.
Apa yang menarik tentang pokok lidah kucing ini ialah kelebihannya dalam merawat pelbagai jenis penyakit, insyaAllah.
Tumbuhan ini tidak dimakan namun air rebusan seluruh tanaman ini diminum bagi mengatasi masalah bronkitis, kejang otot semasa haid, penghadaman kurang lancar, sakit di dalam dada, perut terlalu berasid, merawat buasir, demam panas dan mencergas otak.
Air rebusan bunga diminum bagi mengatasi sembelit manakala daunnya diminum untuk merawat selsema, sebagai tonik perut dan tonik umum. Ekstrak daun ini pula digunakan untuk merawat gigi.
Bagi merawat kudis dan bisul.
Caranya:
Panaskan daun dan tumbuk lumat serta tampal pada kudis dan bisul.
Kafein yang terkandung dalam tumbuhan ini boleh merangsang otak dan sistem saraf.
Rujukan:
Ong Hean Chooi: Tanaman Hiasan
Khasiat Makanan dan Ubatan.