Selepas sarapan kami terus ke JR station untuk ke bandar Kyoto. Bagi memudahkan perjalanan menaiki keretapi, kami beli kad ICOCA (macam kad Touch N Go). Perjalanan mengambil masa selama 30 minit.
Untuk menjimatkan masa, kami telah menyewa teksi sepanjang berada di Kyoto. Tempat pertama yang kami lawati ialah bamboo forest di Arashiyama. Tempat ini sememangnya sangat cantik dan menjadi tarikan kepada pelancong. Ketika kami tiba, lebih kurang jam 9 pagi, belum ramai lagi pengujung berada di situ. Cuaca pada hari itu sangat sejuk tapi nyaman dan menyegarkan!
Seterusnya kami menaiki Sagano Romantic Train untuk menikmati pemandangan di sekitar Arashiyama. Perjalanan sejauh 7 kilometer di sepanjang sungai Hozugawa mengambil masa selama 25 minit kerana keretapi ini bergerak agak perlahan, mungkin ideal untuk mereka yang nak honeymoon. It was a very enjoyable ride, however the romantic feeling was not there for me.. ye lah sebab saya hanya bersama dengan anak-anak kan? hehehe…
Destinasi seterusnya ialah Kinkakuji atau Golden Pavillion. Bangunan yang berwarna kuning berkilauan ini terletak di atas sebuah tasik dan dikelilingi dengan pokok-pokok yang membuat ia kelihatan begitu tradisional sekali. Tempat ini memang terkenal dikalangan pelancong.
Untuk makan tengahari, kami ke restoran Minokichi. Makanan halal di sini perlu ditempah 4-5 hari sebelum ke sana. Sedap! š
Boleh google untuk maklumat lanjut.
PEMANDANGAN DARI ROMANTIC TRAIN
Pemandangan yang indah, cuaca sejuk dan nyaman serta makanan Jepun yang enak, makes the day awesome and memorable!