Pesawat mendarat di lapangan terbang Kansai pada hari Ahad 7 hb. Disember 2014 tepat jam 7 pagi waktu tempatan. Alhamdulillah segala urusan di imigresen berjalan lancar. Sebelum kami menaiki bas untuk ke hotel New Hankyu, kami singgah sebentar ke sebuah restoran halal yang terletak di tingkat dua bangunan airport.

RESTORAN U-DON HALAL

image

Perjalanan bas ke hotel New Hankyu yang terletak di Bandar Osaka mengambil masa lebih kurang 1 jam. Pada awalnya kami merancang hendak menaiki keretapi untuk ke hotel tapi setelah diteliti, mengambil airport bas lebih mudah kerana ia akan berhenti dekat dengan pintu hotel. Kami memilih untuk menginap di hotel New Hankyu kerana lokasinya yang strategik, harganya yang berpatutan dan berdekatan JR station. Walaupun lokasi JR tu dekat namun kita perlu berjalan menyeberangi jambatan.

Oleh kerana kami tiba di hotel pada awal pagi, kami tidak dapat terus check in bilik. Kami tinggalkan beg pakaian di hotel dan terus ke station keretapi JR (Japan Railway) untuk ke destinasi yang telah pun dirancang iaitu ke Osaka Castle.
Dari station Osakajokoen kami berjalan kaki ke Osaka Castle, bersiar-siar sambil mengambil gambar permandangan sepanjang jalan. Tak sangka pula agak jauh jalannya, letihlah juga..

Cuaca ketika itu cerah dan sejuk. Tapi inilah kelainan yang kami cari dalam percutian ini 🙂

Kami kembali ke hotel dan tiba pada jam 2 petang.

PEMANDANGAN DI OSAKA CASTLE PARK
With my daughter Zafirah.
image
My eldest daughter Zahilah and her husband Yusuf.
image

image

OSAKA CASTLE
image

image

SHINSAIBASHI
image

image

Makanan di restoran Ali’s Kitchen, memang sangat sedap!
image

Rice lamb kebab antara menu yang kami nikmati..
image

Pada pukul 5 petang hari sudah pun gelap, kami keluar semula dan pergi ke Shinsaibashi bersiar-siar, window shopping dan makan malam di sebuah restoran Pakistan, Ali’s Kitchen.

Oleh kerana keesokan pagi kami akan bertolak ke bandar Kyoto, kami pulang awal ke hotel sekitar jam 8 malam dengan teksi.

Advertisements

8 thoughts on “Cuti-cuti Osaka (Bhg 1)

    1. Memang best ke Jepun hehe… saya pun dah 3 kali ke sana alhamdulillah, cuma kali ini saya bersama anak2 dan pergi tak lama. Saya harap apa yang ditulis di sini sedikit sebanyak dapat membantu Maimun bila ke sana nanti. Sebenarnya kita akan enjoy dan dapat melawat banyak tempat yang menarik sekiranya kita merancang dengan teliti sebelum ke sana, inshaaAllah… 🙂

  1. Mcm mn pengalaman menginap di hotel new hankyu. Saya bercadang utk menginap di tempat yang sama pada trip akan datang. Ada cadangan tak jika saya membawa 2 orang anak berumur 8 tahun? Terima kasih atas perhatian.

    1. Bagi saya lokasinya bagus dan selesa…
      Di Jepun ni banyak berjalan, so kalau nak bawa anak, pastikan kasut selesa.
      Have fun and enjoy your trip! 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s