Menguatkan Penglihatan?

Ketika saya sedang baca buku Perubatan Cara Nabi Pasti Sihat yang diterjemahkan dari karya asal Imam Jalaluddin as-Sayuthi yang berjudul, As-Sayuthi’s Medicine of The Prophet, saya terbaca satu info ringkas yang menarik perhatian saya untuk dikongsi bersama tentang kulit kayu manis.

Kulit kayu manis mengandungi aroma harum yang boleh digunakan bagi mencuci mulut dengan mengulumnya. Jika dilakukan dengan perut kosong, ia baik untuk menguatkan penglihatan.

Dalam buku ini tidak dinyatakan beberapa banyak kulit kayu manis dan air yang diperlukan untuk membuat ‘mouthwash’. Tapi, apa yang pernah saya baca ialah ambil lima batang kulit kayu manis dan reneh dengan 1 cawan air selama 5 minit. Kemudian keluarkan kulit kayu manis dan biarkan air kayu manis sehingga sejuk dan simpan dalam botol. Guna seperti ‘mouthwash’ biasa.

InsyaAllah, nanti saya nak cuba 🙂

image

Dysuria

Sesiapa saja boleh mengalami dysuria atau dengan kata lain rasa sakit semasa membuang air kecil. Ia adalah gejala dari jangkitan saluran kencing terutama dikalangan wanita.

Ketidakselesaan ini sering digambarkan oleh pesakit sebagai rasa membakar, pedih dan gatal-gatal.

Jom kita tengok petua yang saya rujuk dari buku Ensiklopedia Pengubatan Herba oleh Dr. Khalid Gadd.

image

Petua 1:
Bahan: Bawang merah, lemon dan madu
Cara:
1) Hiris bawang merah, panaskan dan letak di pinggang kanan dan kiri serta di atas pundi kencing di bawah pusat.
2) Jus bawang merah, jus lemon, madu dan campur dengan air panas. Minum sekali atau dua kali sehari

Petua 2:
Bahan: Jintan Hitam (Habbah sauda’)
Cara:
1) Sapu minyak habbah sauda’ di bahagian pinggang sebelum tidur.
2) Minum 1 gelas air rebusan jintan hitam yang telah dilarut madu setiap hari sebelum tidur.

Semoga petua di atas dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yang menghadapi dysuria ini. InsyaAllah..

Halia & Sudu

Saya dapati cara mudah untuk membuang kulit halia segar adalah dengan menggunakan sudu. Just scrape the skin off! Bagi saya lagi senang daripada guna pisau.
Cubalah, terutama kalau terpaksa mengupas halia dengan jumlah yang banyak.
Hasilnya cepat 🙂

image