Tiga hari lepas ketika sedang siang ikan siakap, tiba-tiba ibu jari tercucuk tulang ikan. Adui..sakitnya. Seperti biasa saya biarkan saja. Rupanya kali ni bisa. Tak sangka badan rasa nak demam. Suami suruh jumpa doktor, sebab ibu jari sakit dan berdenyut. Kata doktor ” Dah berlaku jangkitan kuman”. Kena rehat, sapu krim pada ibu jari dan makan ubat!
Rehat? itu sudah pasti.
Makan ubat? Hmm… belum pasti! haha…
Sebenarnya dah lama sangat saya tak ambil ubat. Saya cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan dari makan ubat dan akan cuba cari alternatif. kadang- kadang suami bebel le juga. Katanya “bukan susah pun nak makan ubat, telan je… ” Bagi saya kalau sakit itu serius sangat atau emergency, saya perlulah makan ubat…. Alhamdulillah setakat ni ok je. Semoga akan datang begitu jua, InsyaAllah…
Kadang- kadang perkara kecil kita tak ambil kisah. Setakat kena tulang ikan, apa le sangat. Rupanya ada padahnya. Lain kali kena berhati-hati, bila buat kerja!
Bila berlaku jangkitan kuman, immune system kita akan menurun sebab itulah kita akan rasa badan kurang sihat. Bila keadaan macam ni, kena banyak rehat dan lebihkan minum air. Sebentar lagi nak pergi dapur, cari herba to boost my immune system…
Banyak sangat herba di rumah, jadi saya perlulah pilih yang sesuai.
Pilihan saya adalah kunyit dalam kapsul, senang sikit nak telan. 😉 . Saya ambil kunyit sebab ia anti viral, anti bakteria dan anti radang. Ia juga mengawal infeksi pada luka di kulit. Di label dinyatakan satu kapsul sehari, tetapi saya ambil dua, “special case…” hahaha.. Semoga mujarab, InsyaAllah.
Bacaan tambahan:
salam
dulu waktu pantang…..makan kunyit muda buat ulam je.
kunyit memang bagus unk kesihatan 🙂
Saya sangat bersetuju dengan Puan…Salam 😉
Assalamualaykum,
Info dan blog yang bagus,untuk pencerahan dari segi pengunaan kunyit yang efektif mungkin arttikel saya yang bertajuk”kunyit-Mak bidan telah mengetahui fakta ini jauh sebelum saintis membuat penemuan” dapat memberi sedikit pencerahan http://www.klinikkeputihan.blogspot.com
Semoga bermanfaat
Terima Kasih.
InshaaAllah akan baca artikel Dr. Salwa