12 simptom yang tidak wajar diabaikan

Baru-baru ini saya ada terbaca satu pos yang bertajuk: 12 symptoms you should never ignore.

Bagi pandangan saya, adalah wajar kita mengambil tahu gejala-gejala yang mungkin boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih besar jika ia diabaikan. Tanda-tanda fizikal pada badan akan menyedarkan kita tentang ketidakseimbangan dalam tubuh yang memerlukan perhatian segera.

Sekiranya badan mengalami…

1) Batuk atau muntah sehingga berdarah: Mungkin simptom batuk kering, kanser paru-paru, pendarahan dalaman

2) Sakit, bengkak, kemerahan atau kehangatan di kaki, kekejangan malam atau lebam pada kulit: Mungkin simptom darah beku

3) Sakit kepala yang teruk dengan tiba-tiba yang tidak pernah dialami sebelum ini: Mungkin simptom strok

4) Pitam: Mungkin simptom dehidrasi, sawan, denyutan jantung tidak teratur atau masalah jantung, anemia, gula darah rendah, ubat berlebihan

5) Satu luka yang menjadi panas dan merah terutama jika anda juga menghidapi demam : Mungkin simptom jangkitan

6) Kesukaran bernafas atau sesak nafas dan menyesakkan: Mungkin simptom serangan asma, radang paru-paru

7) Peningkatan mendadak bilangan atau saiz “floaters” atau kilauan cahaya dalam penglihatan: Mungkin simptom masalah kesihatan mata

8) Sakit atau rasa tekanan pada dada hingga terasa ke rahang, belakang, bahu atau lengan: Mungkin simptom serangan jantung

9) Lemah, kebas, kesemutan atau rasa berat sebelah badan atau tidak berkeupayaan untuk bergerak secara tiba-tiba di sebelah badan diiringi oleh masalah melihat, bercakap atau pemahaman  kata-kata, pening, pengsan atau kekeliruan dan semua simptom-simptom ini boleh hilang dalam satu atau dua minit: Mungkin simptom serangan sementara strok

10) Hilang selera makan, mual/muntah sakit perut, bengkak abdomen, demam, ketidakupayaan badan mengeluar gas: Mungkin simptom apendiks, masalah usus

11) Perubahan secara tiba-tiba status mental seperti tidak tahu di mana anda berada atau tidak mengenali orang yang kenal: Mungkin simptom strok, masalah saraf, gula darah rendah, kecederaan kepala

12) Secara tiba-tiba pening yang teruk: Mungkin simptom strok, serangan jantung, tindak balas kepada ubat-ubatan.

Apabila terdapat tanda-tanda amaran pada badan, tindakan awal dapat mencegah keadaan kesihatan daripada menjadi lebih teruk malahan mungkin juga dapat menyelamatkan nyawa, insyaAllah.

Translated from:
12 Symptoms you should never ignore

Salam Jumaat

Nabi SAW melarang kita bernafas dalam bekas minuman atau meniup air minuman bagi mengelak kekotoran atau bakteria dari mulut berpindah ke air dalam bekas minuman dan mencemarkan air minuman kita. (Fath al-Bari, 12/689)

Nabi SAW bersabda:
image

Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Qatadah daripada bapanya yang menceritakan, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu minum, janganlah ia bernafas di dalam bekas minuman.”

Hadis riwayat al-Bukhari, kitab al-Asyribah: no.5630

Iman at-Tirmizi dan Abu Daud meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a yang menceritakan:
image
Maksudnya:
“Sesungguhnya Nabi SAW menegah seseorang daripada bernafas dalam bekas minumannya dan daripada ia meniup ke dalamnya.”

Hadis riwayat at-Tirmizi: no. 1888

Sabda Nabi SAW:
image

Maksudnya:
“Jauhkan bekas minuman dari mulutmu, kemudian bernafaslah.”

Hadis riwayat Imam Malik: no. 3421

Amal sunnah Nabi SAW akan mendapat pahala dan kebaikan dalam kehidupan kita…

Unik

Jantung pisang warna pink! first time saya lihat.

Gambar-gambar di bawah ini saya rakam semasa saya dan teman keluar berjogging di kaki bukit. Apa yang menarik perhatian saya adalah warna jantung pisang tu. Ya, warna pink!

JANTUNG PISANG HUTAN
image

JANTUNG PISANG HUTAN
image

Yang ini pula bunga keladi dan ranting pokok betik berwarna ungu. Cantik kan?
BUNGA KELADI
image

POKOK BETIK
image