Kita selalu risau bila kolesterol LDL tinggi dan HDL rendah. Ye tak? Bila jadi begini apakah tindakan yang kita ambil? Ambil statins? Saya tak pernah ambil ubat statins jadi tidak tahulah bagaimanakah rasa kesan dari makan ubat itu. Tapi kawan-kawan yang pernah mengambil memberitahu saya, kesan yang mereka lalui ialah sakit sendi.

Teringat pengalaman yang saya lalui 2 tahun lalu.

Kata kawan saya, seorang pharmacist “bacaan kolesterol you ni sangat tinggi, what happened? You must control your diet!” dia bebel pada saya non stop. Well, she is my good friend, so she dares to nag me!! hahaha…anyway thanks Vee for your concern!

Selepas sebulan saya bertemu Vee,

“Hey, how did you do it? you makan apa? Your LDL turun dan HDL naik?”

Apa yang telah saya lakukan? Oat dan halba! Saya ambil 4 kapsul halba sehari iaitu 2 kapsul diwaktu pagi dan 2 kapsul diwaktu petang and of course I look after my diet. Halba boleh juga menurunkan paras gula dan sekiranya ada mengambil ubat kencing manis, kenalah berhati-hati kerana dibimbangi paras gula turun terlalu rendah, nanti boleh memberi kesan yang tidak baik.
Bukan senang nak makan oat setiap hari. Kita kena lebih kreatif supaya tidak timbul rasa muak dan jemu. Saya suka masukkan minyak zaitun (boleh juga menurunkan ldl dan meningkatkan hdl), goji dan kismis kedalam oat (a good combination for healthy diet)….InsyaAllah berkesan.

Kolesterol adalah bahan lemak yang ditemui dalam darah.

image

image

Oat mengandungi serat larut dan serat tidak larut. Serat larut yang di panggil beta glucan boleh meningkatkan sistem imun, mengurangkan kolesterol LDL dalam darah tanpa merendahkan kolesterol HDL. Beta glucan juga melambatkan penghadaman kanji, dengan ini boleh memberi kebaikan untuk pesakit kencing manis kerana ia dapat mengelakkan paras gula dalam darah naik dengan mendadak.

Lignan dalam oat telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit yang berkaitan dengan hormon seperti kanser ovari, prostat dan payudara. Oat kaya dengan silica dan ia membantu memelihara kulit, kuku, tulang dan rambut. Kandungan mangan dalam oat boleh menguatkan tendon, ligamen dan tisu.Oat juga rendah kalori, tinggi kadar protein dan mengandungi antioksidan.

Jadi, sekiranya ada masalah kolesterol cubalah elak dari mengambil ubat kerana kesan sampingannya memang tak best untuk badan. Nanti badan mula le sakit sini sakit sana….

Apakata semangkuk oat sehari, mulai hari ini. πŸ˜‰

Advertisements

80 thoughts on “Sebulan dengan oat dan… turunkan kolesterol LDL?

    1. try makan oat dgn air sejuk..buh dried mixed fruits (raisin,cherry,prune,etc) dan sikit gula merah..sebelum ni mmg tekak xboleh layan kalau oat dgn air panas..rasa pelik cemane tah..tapi dengan air sejuk..pehhhhhh sedap! terangkat weh πŸ™‚ give it a try

  1. ainon
    saya pun tengah diet oat sebab kolestrol tinggi…7.4. Cuba buat macam bubur/sup instead of yg manis. saya tumiskan (guna minyak zaitun) bwg kecil, bwg putih, campur sayur mayur termasuk daun sup dan sesekali letak juga telur…jgn lupa lada hitam dan lada sulah/putih…anak saya pun suka (dia agak pemilih jugak)
    kasih
    terima kasih artikel yg sangat berinformasi…saya nak cari kapsul halba tu jugalah…kalo tak jumpa nanti singgah semula yek.
    Semoga Allah merahmati anda yang berkongsi maklumat…

  2. salam….saya juga br dpt tau kolestrol tinggi 7.4. so sgt risau ok..:(. insyallah akan mula amalkan mkn oat tu dan juga boleh tanya x kapsul halba tu kat mana boleh dapat? brand apa ya? harga?

    1. WaalaikumusSalam Aida. Saya selalu ambil brand GNC . Harga lebih kurang 68 ringgit.. Saya ada tulis dalam post sebelum ini khasiat halba, terdapat gambar disitu dan juga cara nak ambil halba biasa iaitu halba biji…Minyak zaitun sgt baik untuk kesihatan,cubalah ambil …

  3. Salam,

    Sy pun berusaha cari jalan camne nak telan oats ni. Sudahnya, saya goreng tanpa minyak…kira toast kan dia then campurkan2 dgn toasted almond & walnut + dried fruits (biasa sy suka campur cranberry/fig/peach) and mkn buat snek sambil tgk tv…as substitute to kerepek… πŸ™‚

    Sedar tak sedar, dah lebih 10 sudu sekali mkn….

    1. Kadang2 tu jemu jugakan kalau hari2 makan yg sama je.. saya pun gitu juga macam2 saya masukkan kedlm oats supaya berselera sikit bila makan, hehe..

  4. AsSalam. Just sharing variasi oats yg saya ambil…4 sudu instant oats + 1 sudu raisins + sebiji pisang dadu/ sliced + susu segar/yoghurt/lassi..simpan fridge overnight utk breakfast, or bancuh pagi simpan for dinner.. yummy..x muak. Otherwise buat granola bar + dried fruits..byk resepi online saya dah cuba.. anak2 pun suka πŸ™‚

  5. Salam Kak Kasih,
    Saya pun sama mcm adek…saya buat granola. Saya campurkan rolled oats + instant oat + 1 type of other grains (e.g. millet, buckwheat, wheat bran, etc) + kekacang (selalu guna walnut/almond/sunflower seed). Gaul rata sumer, campurkan e.v.olive oil & honey…press kt baking tray & bakar lebih kurang 20-30mins. Dia jadi crunchy & anak pun suka makan. Pecah2kan & bila masukkan dlm bekas, campurkan dried fruits lak. Blh lebih dpd 10 sudu besar klu mkn mcm tu. Campuran bhn2 sy tukar2, takder la jemu.

    1. Waalaikumussalam Azura. Enzim yang terdapat dalam madu lebah akan musnah pada suhu panas. extra virgin olive dan madu lebah baik d ambil tanpa d masak. Banyak khasiat akan musnah bila d masak…

  6. Salam Kak Kasih,
    Saya tau akak, tq ingatkan…hehehe…tp kena guna utk bg oats tu stick jadi granola. Sy kurang sgt2 guna gula, even molasses (except black strap molasses as supplement). Utk betul2 dptkan khasiat honey & PUFAs, saya ambil cara lain (cthnya, sy amalkan minum madu + acv tiap2 pagi). Resepi tu utk sy sendiri nak mkn oats at least 10 sudu besar setiap hari. Anak tumpang sekaki bila dengar kruk krak…. πŸ™‚

    1. Waalaikumussalam. Bagus Azura, perihatin tentang kesihatan. Setuju dengan Azura, kalau buat granola akan meningkat pengambilan oats.. lebih baik dari tak ambil kan?

    1. Mazilawati boleh search dlm blog ini, khasiat halba yang menakjubkan. Dlm post tu saya ada letak gambar jenama halba yang sering saya ambil. Mungkin Mazilawati nak beli jenama lain, ini sebagai contoh saja. πŸ™‚

  7. assalamualaikum, kasih.
    kolestrol saya 6.1, yang LDL lebih tinggi. Saya nak tahu adakah jika klestrol tinggi ni boleh menyebabkan sakit kepala?. Macam2 ubat sakit kepala dah saya makan tapi tak ada kesannya…dah 2 bulan saya sakit kepala.

    1. WaalaikumusSalam En. Dee.
      Bagi pandangan saya, En Dee perlu berjumpa doktor sebab lama sangat ni sakit kepala. Kalau sering ambil ubat sakit kepala pun tak bagus juga kerana ia akan mendatangkan kesan sampingan iaitu juga sakit kepala selain yang lain. Anyway mengenai adakah kadar kolesterol tinggi boleh menyebabkan sakit kepada..ada kata ya dan ada kata tidak.
      saya ada baca, makan makanan manis atau yang berkabohidrat tinggi boleh menyebabkan sakit kepala. Cuba kurangan terutama pada waktu malam

      CRP dan Penyakit Kardiovascular
      September 22, 2012 by Kasih | Edit
      C-Reactive Protein (CRP) adalah sejenis protein yang terdapat di dalam darah, yang dihasilkan oleh organ hati dan sering digunakan sebagai penanda aras terhadap sebarang jenis keradangan (inflammation) yang berlaku. Ia juga menyumbang kepada masalah pada saluran darah dengan menggalakkan pembentukan plak pada dinding arteri.

      Paras CRP akan menjadi tinggi jika berlaku inflamasi akibat jangkitan kuman atau kecederaan pada badan. Sekiranya paras CRP tinggi untuk tempoh yang lama, maka ia adalah petanda bahawa satu proses inflamasi kronik telah terjadi. Arterosklerosis adalah penyakit yang menyebabkan keradangan yang kronik, apabila lemak berkumpul di dinding arteri menjadi keras, menyebabkan berlakunya penyempitan dan penyumbatan serius terhadap salur darah koronari jantung dan menyukarkan pengaliran darah. Ini meningkatkan paras CRP yang memberi risiko yang sangat tinggi kepada penyakit kardiovaskular.

      Ramai yang percaya bahawa peningkatan LDL menentukan risiko penyakit jantung, namun pada masa yang sama kini dikatakan seseorang itu boleh juga mendapat serangan jantung atau strok walaupun mempunyai kadar kolesterol yang normal, tetapi memiliki paras CRP yang tinggi di dalam darahnya.

      Dikatakan punca yang menyebabkan paras C-reactive protein (CRP) tinggi adalah kesan radang daripada penyakit kronik, penuaan, merokok, insomnia dan kemurungan. Jangkitan bakteria pada gusi boleh juga menyebabkan bakteria memasuki aliran darah dan di katakan ini mencetus hati untuk menghasilkan CRP.

      Dikatakan mereka yang mempunyai paras CRP yang lebih tinggi juga didapati menghidap kencing manis, darah tinggi, paras HDL rendah dan mempunyai paras triglyceride ( sejenis lemak dalam darah) yang tinggi serta berat badan yang berlebihan. Kumpulan pesakit ini berisiko tinggi mendapat penyakit jantung sekiranya tidak mendapat rawatan atau dikawal secara optimum.

      Perubahan positif terhadap kadar CRP boleh berlaku dengan pengurangan pengambilan diet tinggi lemak, protein dan karbohidrat serta dengan meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, minyak ikan, koko, Vitamin C, bijirin dan diet yang tinggi dengan kandungan serat.

  8. Terima kasih atas info yang diberikan. Saya telah berjumpa doktor dan menyarankan makan ubat kolestrol. Saya juga makan Active Oat 35 ( oat bran powder ). Saya ikut apa jua saranan doktor dan yang puan jelaskan. Saya nak cepat sembuh….inshaAllah.

  9. Assalamu’alaikum, terima kasih sudah berbagi info, kebetulan saya sedang mencari pengobatan alternatif untuk menurunkan kolesterol yg diderita ayah saya. Sangat bermanfaat!

  10. Very good blog you have here but I was curious if you knew of any community forums that
    cover the same topics discussed here? I’d really like to be a part of group
    where I can get advice from other knowledgeable people that share the same interest.
    If you have any recommendations, please let me know.
    Many thanks!

  11. Saudari Kasih, terima kasih kerana maklumat tentang bagaimana nak turunkan kolestrol….saya bersemangat nak cuba makan oat dengan pelbagai resepi supaya tidak cepat muak…

    1. Waalaikumussalam. Dari pengalaman saya mengambil oat sekali atau 2 kali setiap hari dapat memberi kesan yang cukup baik pada kesihatan badan. Namun begitu setiap individu itu mungkin berbeza..

  12. Aslkm… Kolestrol jahat saya tinggi dan dah dikesan ada darah tinggi… Kapsul halba tu boleh diamalkan ka? Tq

  13. Salam kak, saya ada masalah cholesterol 7.6 dgn darah tinggi 150/90…boleh ker halba and habaltul sauda di makan sekali ?

    mind to share your diet ?

    tq kak

    1. Waalaikumussalam.
      Kak tak pernah ambil halba dan habbatussaudah serentak. Apa kata Faiz ambil halba dan beberapa jam kemudian baru ambilkan habbatussaudah. Selain itu sangat baik kalau faiz dapat ambil minyak zaitun sebanyak 3 atau 4 sudu besar sehari..cuba try selama 3 bulan, semoga dapat membantu menurunkan darah tinggi, kolesterol dan meningkat paras hdl, inshaaAllah.

    1. Terdapat banyak jenama di pasaran dan antaranya Oat BG22.
      Kajian mendapati mengambil 5-10gram ‘soluble fiber’ dpt menurun ‘total cholesterol’ dan LDL. Does it matter what types of oat you eat? Probably not when it comes to soluble fiber. so beli yang tinggi kandungan ‘soluble fiber’

  14. as slm sis, sy ade masalah yg sama juga..paras kolestrol 7.2.. so plan nak mkn oat..

    oatBG22 tu sesuai tak utk saya agaknya? pernah tanya kwan, dia kata itu utk paras kolestrol yg lagi tinggi.. saya slalu pening kepala terutamanya belakang leher.. rasanya heavy dah saya ni.. atau beli oat yg biasa sudah memadai?

    boleh ke kalau ambil oats breakfast..kemudian ambil red yeast rice dan fish oil pula..ke kena pilih salah satu? pil halba tu kurang sesuai utk saya since badan agak berbau..huhu..dan ramai yg bg pandangan ambil cuka apple @ cuka kurma plus madu.. so bila masa yg sesuai diambil..

    doc cadangkan ambil ubat je..tapi dlm masa yg sama doc beri tempoh 6 bulan utk ubah cara pemakanan dan kena senaman..

    satu lagi, pernah dengar tak mengenai diet atkins? diet yg hanya ambil 20g karbohidrat.. dan boleh consume protein dan lemak sperti biasa..x perlu ambil apa2 pil pn.. sesuai ke utk sy ni?

    risau sgt2 dibuatnya..

    tq sis..

    1. Waalaikumussalam. Sorry for the late response, sibuk sikit dua tiga hari ni.
      Saya tak pernah ambil red yeast rice dan oat BG22, tapi pernah baca dn dengar, ia baik untuk turunkan kadar kolesterol ldl, wallahua’lam.. anyway, melalui pengalaman saya, ambil oat dan minyak zaitun ( organic, extra virgin olive oil,3 atau 4 sudu besar sehari) berkesan juga tanpa mengambil halba..tapi mengambil masa. Bila kolesterol suami saya naik, saya cuma beri dia olive oil saja… alhamdulillah berkesan. Kurangkan pengambilan makanan manis dan berlemak..
      Aktins diet.. ramai mengamalkan berjaya turunkan berat badan tetapi diet cara ini ada kesan sampingan kepada buat pinggang..
      Diet tinggi kandungan protein memberi beban kepada buah pinggang akan memudharatkan buah pinggang dan kesihatan.
      Dini, cubalah ambil oat dan minyak zaitun.
      Amalkan juga memgambil ulam hari2..inshaaAllah, dini akan berasa sihat..

      1. tqvm kasih utk info yg diberi.. oat dan olive oil dh pn beli.. cuma nk minum olive oil mcm tu je rsa x boleh nak telan.. spatutnya beli yg kapsul..tesalah pula..insyaallah saya tengah berusaha kuatkan diri utk kurangkan pgambilan makanan berminyak dan senaman jg.. harap berjaya.. walaupun susah betul utk tinggal kan makanan bergoreng dan bersantan ni.. saya ade juga mencari menu / resepi rebus tapi limited.. ape2 pun tq sudi membalas mesej saya

      2. Saya pun sekarang ni susah nk minum olive oil gitu saja, rasa muak.. jadi selalu campur gaul dengan oat, kismis, badam dll.. sedap juga!
        Kalau Dini ada masa, beli banyak pegaga kemudian basuh bersih2.. ambil akar sekali. Bahagikan dan masuk dlm bekas plastik. Simpan dlm freezer..tiap2 hari kisar campur 1 cawan air dan tapis, minum. Bagus untuk perjalanan darah. Minum masa perut kosong.. inshaaAllah banyak manfaatnya..

  15. saya pun kolestrol tinggi 7.5…tq byk jgk info yg dpt di sini…admin apa kata tubuhkan group wasap utk yg ada kolestrol tinggi ni…mgkin kita blh kongsi pendapat & nasihat.

    1. Waalaikum salam. Sekarang ini cholesterol 5, doktor dah suruh ambil statin.. ambilah makanan yg boleh meningkatkan kadar HDL dan kurangkan makanan yg boleh meningkatkan kadar LDL. Halba dan minyak zaitun antara makanan yg baik untuk cholesterol, insyaAllah.

      1. Assalamualaikum.
        Total koles 4.8. (Ok)
        HDL 1.3.(ok)
        Non hdl 3.5* (patut <3.4) tak ok
        ldl 3.1* (patut <2.6) tak ok
        Ada gejala sakit tengkuk.
        Doktor dh bagi sy simvastatin. Plus kena ubah diet,
        Bykkn kukus, rebus, bykkn exercise.
        Sy tak besar. 48kg je. Huhuhu…

  16. Assalamualaikum, sy amal mkn oat krn kolesterol tinggi 6,kadang2 darah tinggi.utk rasa sedap sy cmpur susu tepung rendah lemak, anggur@ epal @lain2 buahan.blh juga campur milo@ nestum.memang best

  17. Assalam…sis..baiknya sis share..byk yg dpt manfaat…..blh x tya sis brand olive oil yg sis guna…sbb byk yg fake..tq

    1. Waalaikumussalam.
      Terima kasih kerana berkunjung ke blog kasihilmar. Semoga mendapat manfaat.. insyaAllah.
      Saya selalu beli brand clearspring. Organic 100% italian extra virgin olive oil.

    1. Waalaikumussalam. Banyak jenis oats saya dah cuba tapi kegemaran saya adalah Quaker Instant oatmeal. Minyak zaitun pula saya selalu beli brand Clearspring. Organic 100% Italian extra virgin olive oil…

  18. Asslmkm puan kasih.
    Bacaan kolestrl saya pun tinggi sgt.. dlm pd tu saya juga alami arthritis.. lpas buat ujian darah.. Dr kata arthritis saya brpunca dr kolestral tinggi.. mmg Dr ada cadangkan ambil statin yg 20gm..tpi saya tk berani nk ambil krn ada bca dn dengar bbrapa side effectnya.. paling ketara kesan letih lesu pd bdan..krn ubat statin mnyerang sel2 dlm bdan.. boleh saya tahu adakah cara prmakanan puan dpt hilangkn kesakitan arthritis juga.. ia mngkin dr pngalaman rkan2 puan kasih sdiri kut..

    1. Waalaikumussalam Puan Wani.
      Bagi pengalaman saya, mengambil halba dan juga minyak zaitun begitu manfaat dlm menangani masalah kolesterol dan meningkat kesihatan badan. Puan Wani boleh cuba minum jus nenas untuk hilangkan kesakitan arthritis. Saya ada share dlm blog saya ni mengenai pengalaman saya menangani sakit yg di alami dengan meminum jus nenas. Saya pernah cadangkan pada kawan saya yg mengalami sakit arthritis dengan meminum jus nenas… alhamdulillah bnyk manfaat untuk nya.. Puan Wani boleh search dlm blog..nenas buah pilihan

  19. Kolesterol sy jgk tggi.. bacaan last 11/2016 adalah 12.. ye sgt tggi! Setakat ni sy tidak mengambil mane2 ubat.. dan sy dah diserang dgn sakit tengkuk.. Ape pendapat puan kalau minum susu omega plus..? bnyk menu yg puan cadangkan ialah oat dan olive oil… Bagaimana pula dgn susu omega plus mkn bersama dgn oat? Sy pun risau sgt2 dgn kesihatan saya..

    1. Saya tak pernah ambil susu omega plus jadi saya tak boleh nk bagi pandangan. Dari pengalaman saya, ambil oat, extra virgin olive oil dan halba dpt membantu menurunkan kolesterol dan meningkat kadar hdl. Cubalah, insyaAllah berkesan.
      Puan mungkin perlu mendapat nasihat doktor mengenai sakit tengkuk ini…

  20. . banyak jenis oat di pasaran ..saya suka oat + fresh milk + sedikit madu dan any fruits i.e. pisang/limau/strawberi ..buat malam simpan fridge (saya prefer makan sejuk).. ..alhmdulillah yg ni saya lalu makan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s