Baru saja selesai masak sup cendawan hitam dan sekarang pula nak cerita serba sedikit mengenai khasiat cendawan hitam yang sangat popular di kalangan kaum cina kerana ia sering di jadikan ramuan biasa dalam masakan mereka.
Cendawan hitam, biasanya dijual dalam bentuk kering ini mengandungi pelbagai mikronutrien seperti vitamin, mineral dan antioksidan. Dalam perubatan herba tradisional cina, cendawan hitam dianggap seperti aspirin kerana ia mampu mencairkan darah untuk mengelakkan pembekuan darah dari terbentuk, meningkat peredaran darah dan mencegah dari penyakit kardiovaskular.
Ia juga membersih paru-paru dan usus dan manfaat untuk pendarahan rahim, buasir, tekanan darah tinggi dan kolesterol.
Penyelidik mengesahkan 1 gram cendawan hitam mengandungi 154mcg trifosfat, disamping bahan kimia lain yang tidak dikenali menyumbang kepada keupayaan untuk menghalang pembekuan darah.
Polisakarida dan bahan kimia fenol dalam cendawan hitam bukan sahaja menghalang pertumbuhan tumor dan mencegah banyak jenis penyakit kronik seperti kanser dan strok malah ia juga dikatakan boleh meneutralkan kesan sampingan kemoterapi dan radiasi.
Cendawan hitam organik
Sup Cendawan
Black Fungus Soup ~ it is a very good blood tonic. 😀
Bahan-bahan:
1) 1/2 cawan cendawan hitam
2) 5 cawan air
3) 4″ halia
4) 2tbsp ikan bilis direbus dengan 1 cawan air selama 5 minit, tapis dan ambil air rebusan
5) 3tbsp minyak zaitun
6) Lada sulah dan garam secukup rasa
Basuh cendawan hingga bersih dan masuk kedalam periuk berisi 5 cawan air. Rendam selama 2 jam. Jangan buang air rendaman kerana banyak khasiat didalamnya. Kemudian masak atas api dan masukkan air ikan bilis dan halia, rebus selama 1 jam diatas api yang kecil. Periuk hendaklah di tutup ketika memasak cendawan. Tutup api dan masukkan minyak zaitun, lada sulah dan garam secukup rasa.
Bagi saya walaupun resipi ini mudah dan tak perlu banyak bahan, ia sedap… 😉
Cuba la..