Ikan Senangin Kukus

Assalamualaikum

Dah lama benar saya tidak masak ikan kukus. Masakan ini mudah dan cepat disediakan dan boleh dikategorikan makanan sihat.

Jom try resipi hujung minggu ini 🙂

 

1448939586316

 

Bahan-bahan:

1) 1 ekor ikan senangin
2) 1 kuntum bunga kantan. Ambil hanya bahagian yang lembut saja. Dihiris nipis
3) 1 inci halia muda di mayang nipis
4) 1 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 1 sudu besar sos tiram
6) Serbuk kasar lada hitam
7) Garam

Caranya:

1) Panaskan periuk pengukus
2) Semua bahan 1~7 digaul sehingga rata
3) Belah dikedua bahagian ikan dan masukkan bahan yang digaul ke dalam ikan
4) Kukus dengan api yang besar selama 10 minit

Ikan kukus senangin sesuai dicicah dengan sambal belacan atau sambal garam dan sedap dimakan panas..

Masak Lemak Eryngii & Ikan Asin Kurau

Salam Jumaat.

Hari ni saya nak share masakan yang sering juga saya hidangkan kepada keluarga. Seperti biasa masak macam ini tidak perlu lauk pauk yang banyak, ada ikan goreng dan sambal dah mencukupi. Pekena dengan nasi panas, memang menyelerakan! 🙂

image

Bahan-bahan:
1) 4 pokok cendawan eryngii
2) 50 g ikan masin kurau
3) Cili padi
4) Serbuk kunyit
5) 2 batang serai diketuk
6) 1 cawan air
7) 1 kotak kecil santan kara
8) Garam secukup rasa jika perlu

Caranya:
1) Eryngii dihiris sederhana nipis
2) Ikan masin kurau, cili padi dan serbuk kunyit ditumbuk hancur
3) Panaskan 1 cawan air dan masukkan bahan yang ditumbuk.
4) Bila dah mendidih masukkan cendawan eryngii dan serai
5) Cendawan dah masak, masukkan 1 kotak santan kara. Kacau sehingga rata.
6) Biarkan mendidih sekejap saja agar tidak pecah minyak, baru padamkan api

Jom jamu selera.

Kafe Kassa Corner.

As-salamu ‘alaykum wa rahmatullah

Tengahari tadi, lebih kurang pukul 12.30, saya dan kawan Pn. Noraini dan Pn. Sabrina singgah ke Kassa Corner milik teman baik kami, Pn. Zaidah Ibrahim. Dah lama kami nak pergi tapi tidak berkesempatan. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. 🙂

Kafe Kassa Corner Putra Heights ini terletak di no.1 Jalan Putra Permai 10/1e, Putra Height Subang. Dah lima tahun beroperasi. Bagi saya masakan di sini memang sedap!

Ini adalah hidangan kami tengahari tadi…
image

Agak lama juga tidak bertemu dengan Pn. Zaidah. Alhamdulillah, pertemuan tadi begitu indah buat kami. It brings back sweet memories 🙂

image
From left: Pn. Noraini, Me, Pn. Sabrina and Pn. Zaidah

We thank Pn. Zaidah for making the gathering enjoyable and we wish her all the best in her endeavour!

Hope to visit her cafe again..