Dua hari lepas saya pergi ke pasar herba yang terletak di Yangnyeongsi, Seoul. Besar sungguh pasar ini, ia adalah pasar perubatan herba terbesar di Korea. Terdapat bermacam-macam jenis herba di sini. Tapi yang paling popular adalah ginseng dan ginseng ini pun ada pelbagai jenis dan bentuk. They also sell lots of fresh ginseng.
Herba yang dijual di sini kebanyakannya adalah jenis yang sudah dikeringkan. Justeru memang sukar untuk kita nak kenalpasti jenis herba. Lagipun penjual-penjual herba ini kebanyakan mereka tidak pandai berbahasa Inggeris. Jadi sukar kita nak dapat penjelasan tentang herba yang mereka jual…
THE ENTRANCE TO YANGNYEONGSI MARKET
Lawatan di sini bukanlah bertujuan nak membeli herba tapi hanya sekadar nak melihat jenis-jenis herba yang terdapat di pasar ini. It was fun to be there because I like herbs, I like to read about herbs and now I can see the various kind of herbs being displayed.. wonderful sight!
Wahhh Seoul…! saya hari tu, tak singgah pun pasal Yangnyeongsi nih. Jumpa ginseng juga, tapi di Gwangjang Market. Kagum!
Betul tu Azieazah, kagum ! 🙂
menariksnyaaa pasar ni!!
Banyak sangat herba! memang menarik. 😉