Awal pagi ini saya ke pasar tani dan nampak pucuk daun asam gelugur dan saya belilah 2 ikat. Pucuk asam gelugur, agak tebal daunnya. Daun dan bunga asam gelugur ini memang sedap kalau dibuat kerabu kerana rasanya lemak, sedikit manis, agak kemasaman dan kelat. Rancangan asal nak buat kerabu daun asam gelugur untuk makan tengahari, tapi tak jadilah pulak sebab ternampak pisang muda.. so tukar menu. π
Semasa di pasar tani tadi saya juga beli umbut kelapa. Jadi saya buat je salad umbut kelapa dengan daun asam gelugur, hmm.. sedap jugak π
Buah asam gelugur, daun dan bunga dapat menurun tekanan darah tinggi, merawat kencing manis, sakit jantung dan membantu mengurangkan kolesterol.
Buah asam gelugur ini boleh membantu menurunkan berat badan kerana ia membendung selera makan. Hmm… ini sangat menarik kerana boleh jimat wang. Tak perlu beli produk yang mahal untuk kuruskan badan, hehe. Bukan itu je, ia juga boleh menyingkirkan lemak badan dan menggalak penghadaman.
Updated: Rendam 1~2 keping asam gelugur ke dalam 1 cawan air panas selama 5~10 minit. Pastikan cawan ditutup. Bila dah suam2 kuku boleh masukkan madu kalau suka. Jangan maniskan dengan gula π
Boleh juga direbus asam gelugur
Minum semasa perut kosong, 2 atau 3 kali sehari. Semoga berjaya, insyaAllah.
Selain dari itu daun dan buah asam gelugur boleh dibuat pes dan ditampal ke atas perut wanita yang baru lepas bersalin bagi mengembalikan badan kepada bentuk asal.
Buah asam gelugur, daun dan bunganya kaya dengan antioksidan jadi ia boleh bertindak untuk awet muda.
Rempah ratus-Ong hean chooi
Selalu dok jumpa asam gelugor jer, daun pucuk ni tak pernah ler jumpa lagi. Mungkin ada tapi saya yg tak kenal. hehehe
Bila ke pasar tani nanti cuba cari, bagi saya pucuk asam gelugur ni sedap. Cuba la. π
wah bagus ni
Boleh cuba, sikit2 dulu. π
Terimaksih sangat diatas info ini.. sesungguhnya amat berguna.. yang selama ini xramai yang tahu tentang khasiatnya biarpun ianya berada dodepan mata kita tanpa pendedahan ini..
Sama2 Tengku Alang Sulong π
Assalam, buah asam gelugur yg fresh boleh dimakan ke? kalu boleh, macamana caranya?
Boleh d masukkan dalam masakan..d hiris nipis. Buah ini d keringankan supaya dapat d simpan lama.
Sy mohon share kt fb ya..ada org jual pil garcinia cambogia kt fb. Produk dr luar negara utk kuruskan badan..tengok buah tu, rupenya kenal la sangat..asam gelugor..terus google dan terima kasih sis dgn catatan dan petua sis..harap dapat amalkan sama2
Sis Rafidah, silakan. Semoga info disini dapat dimanfaatkan. In shaa Allah.
Terimakasih…sangat bermanfaat…izikan saya share di FB saya…Kasih Ilmar.
Sama2. Silakan En Moehammaed Zachery…