Kembang Putih

As-salamu ‘alaykum wa rahmatullah

Dikatakan seluruh bahagian pokok ini manis rasanya tapi saya sendiri tak pernah try, tak tahu lah manis macam mana..

Menurut buku Tanaman Hiasan Ubatan Di Sekeliling Anda, Karya Siti Fauziah Yusof:
Seluruh bahagian pokok ini kecuali akar boleh digunakan untuk merawat penyakit epilepsi, gangguan fungsi hati, hepatitis A dan kejang pada kanak-kanak.
Menurutnya lagi, cara mengambil adalah:
Pokok kembang putih tanpa akar direbus dengan 3 gelas air sehingga tinggal 1 gelas. Tapi tidak dinyatakan pula sebanyak mana pokok perlu direbus.
Bila air rebusan kembang putih dah sejuk, tapis dan minum dua kali sehari iaitu 1/2 gelas pagi dan 1/2 gelas lagi diwaktu petang.

Walaubagaimanapun, pada pandangan saya, dapatkan nasihat doktor atau mereka yang pakar sebelum mencuba remedi di atas.

image

Salad Kobis Pembuka Selera

Resipi hari ini sedap kalau dimakan dengan sambal..

 

1448544831552

 

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk besar kobis
2) 1/2 mangkuk udang
3) 1 labu bawang besar dihiris nipis
4) 2 biji cili merah, dibuang biji dan dihiris nipis, sedikit cili padi & 2 biji tomato sederhana besar dihiris nipis
5) Jus lemon, serbuk lada hitam dan garam

Caranya:

1) Kobis dihiris panjang dan dicelur sekejap. Kemudian segera rendam dengan air sejuk supaya kobis tidak menjadi lembik. Kobis diperah buang air.
2) Udang dibuang kulit dan dibersihkan. Toskan. Kemudian masuk dalam kuali dan masak sekejap. (Udang dan air udang diambil)
3) Masukkan bahan 3-5 ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Kemudian masukkan kobis dan udang.
4) Gaul semua bahan dan biarkan 30 minit sebelum dihidang

Happy eating!

Daging Lada Putih

Masakan yang mudah dan cepat untuk dihidang pada hari yang sibuk, hehe…

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk kecil daging batang pinang yang dihiris nipis
2) 4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
3) 2 labu bawang besar. Setiap satu dibelah 6
4) Serbuk lada putih dan garam

Caranya:

1) Daging dan serbuk lada putih digaul sebati
2) Panaskan 1 cawan minyak dan goreng bawang besar sehingga hampir kekuningan dan kemudian masukkan bawang putih.
3) Bila bawang dah kuning masukkan daging. Goreng sehingga hampir garing
4) Tuang daging goreng ke dalam penapis, toskan.

Simple je!
Tapi menyelerakan 🙂