As-salamu ‘alaykum wa rahmatullah
Setawar
Setawar adalah sejenis pokok herba yang mudah ditanam, cuma perlu menggunakan keratan ranting atau daunnya. Ia pokok yang senang hidup dan tidak perlu penjagaan rapi.
Semasa saya di alam persekolahan, saya suka sangat masukkan daun setawar ke dalam buku sekolah. Selepas beberapa hari daun setawar akan mengeluarkan akar dan kemudian saya akan letak daun-daun ini diatas tanah untuk biarkan ia tumbuh. Seingat saya, dulu-dulu orang suka sangat tanam pokok setawar di perkarangan rumah tapi sekarang ini dah jarang sekali kelihatan.
Pokok setawar pun ada khasiat ubatan. Daunnya tidak dimakan tapi jus daun setawar bermanfaat untuk mencuci saluran kerongkong dan merawat bengkak anak tekak. Air rebusan daun setawar diminum untuk membersihkan saluran kencing dan mengatasi masalah sakit ketika buang air kecil dan jangkitan pada sistem pundi kencing.
Tuam atau demah daun setawar yang panas pada tempat yang sakit arthritis, bengkak, salah urat dan lebam boleh memberi kelegaan.
Daun setawar boleh juga ditumbuk hancur dan tampal pada kulit sebagai rawatan untuk penyakit kulit, sakit dada, sakit kepala, sakit perut dan sakit saraf, insyaAllah.
Ruj:
Ong Hean Chooi: Tanaman Hiasan
Khasiat Makanan & Ubatan
Selera Zafirah
Untuk dinner tadi saya hidangkan eryngii goreng kunyit yang simple tapi memenuhi citarasa anak..
Bahan-bahan:
1) 7 pokok cendawan eryngii. Setiap satu dihiris 5 keping
2) Serbuk kunyit
3) 5 tbsp tepung beras
4) Garam secukup rasa.
Caranya:
1) Gaul cendawan dengan kunyit dan garam. Biarkan 30 minit.
2) Sebelum digoreng masukkan tepung beras dan gaul sehingga rata.
3) Panaskan minyak yang banyak dan goreng sehingga garing
4) Toskan
“Best!” kata Zafirah 🙂


