Burung & Herba Dill

Pagi tadi bila tengok pokok bawang dah pun boleh dituai…
Saya hiris daun bawang sederhana panjang, mmm.. dapatlah semangkuk. 🙂
Kemudian goreng dengan burung & herba dill…

Jom tengok makanan kegemaran anak saya.
image

image

BURUNG & HERBA DILL
image
Bahan-bahan:
1) 5 ekor burung dipotong empat
2) 7 ulas bawang putih ditumbuk lumat
3) 1 tsp serbuk herba dill
4) 1 tsp serbuk jintan manis
5) 10 tangkai cili kering dihiris dan biji dibuang
6) 1 mangkuk daun bawang yang telah dihiris
7) 3 tbsp minyak sapi
8) 1/2 tsp serbuk herba dill

Caranya:
1) Perap burung dengan bahan 2~4 dan garam selama 1 jam
2) Goreng dan toskan
3) Panas minyak sapi dan tumis cili kering. Kemudian masukkan daun bawang dan 1/2 tsp serbuk dill.
4) Masukkan burung dan kacau hingga rata.

Mmmm…smell so good
Yummy!

Rambutan Oh Rambutan…

Alhamdulillah…
Dah pun menguning buah rambutan belakang rumah..alahai lama juga menunggu, hehe..
Buah rambutan ni bila menguning rasanya masam-masam manis. Kena tunggu beberapa hari lagi biar kulit tu merah sikit barulah 100% manis. Tadi petik banyak jugak, dapatlah sebakul. Rasa masam-masam manis; kalau dibuat jem atau pajeri memang sedap.

Pernah makan biji rambutan?
Saya pernah semasa budak-budak dulu..kawan mak saya pandai buat biji rambutan dijadikan snek seperti kacang untuk minum petang. Bagi saya sedap sangat masa tu, rasanya rangup dan lemak manis. Pernah juga terlintas dihati nak buat tapi hingga kini belum terlaksana lagi.

Saya pernah baca, biji rambutan dikatakan mengandungi asid oleic dan asid stearic yang mampu mencegah penyakit berkaitan jantung. Ia juga dikatakan penawar untuk kencing manis. Daunnya ditumbuk lumat dan dijadikan ubat pupuk untuk rawatan sakit kepala.

image

image

image

Resipi Hari Minggu

PORTOBELLO ASIN

Cendawan Portobello
image

Portobello Asin
image

Bahan-bahan:

1) 6 cendawan portobello dihiris sederhana besar
2) 4 ulas bawang putih dicincang halus
3) Ikan masin kurau (kalau suka letak banyak ikan masin mungkin tak perlu masukkan garam). Dihiris kecil
4) Cili merah dan cili padi ditumbuk/kisar (jangan terlalu lumat)

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan ikan masin hingga kekuningan dan kemudian masukkan cili.
2) Masukkan cendawan dan besarkan api. Goreng sehingga hampir kering.

♥ it 🙂