Eating out with friends..
A favourite pastime.
Ayam Kampung Percik Putih
Entri ini adalah menu yang saya masak untuk hidangan makan malam semalam. Saya rasa masakan ini sesuai dengan citarasa saya dan keluarga. Saya harap ia dapat menepati selera anda yang ingin mencubanya.
Bagi mereka yang kurang menggemari ayam boleh juga gunakan ikan seperti ikan kembung dan talapia atau daging batang pinang sebagai ganti ayam.
Resipi ini sangat sesuai dihidang untuk keluarga pada bulan ramadan yang akan kunjung tiba tidak lama lagi..
Bahan-bahan:
1) 10 ketul ayam kampung digaul dengan garam dan halia yang ditumbuk lumat. Perap sekejap
Untuk kuah
1) 8 ulas bawang merah
2) 2 ulas bawang putih
3) 2 batang serai / 3 batang kalau kecil
4) 1 inci halia dan 1/2 inci lengkuas
5) 1/2 sudu teh/tsp halba biji
6) 1/4 tsp serbuk kasar lada hitam
7) 2 cawan air
8) 1 kotak kecil santan (saya guna kara)
9) Air asam jawa
10) 1/2 cube ikan bilis maggie dihancurkan
11) 2 tbsp tepung gandum dikacau dengan sedikit air. Kalau suka kuah lebih pekat bolehlah tambah sedikit lagi tepung
12) Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Panaskan oven: suhu 190°C-200°C
Bakar ayam sehingga masak (anggaran masa 40~45 minit)
1) kisar bahan 1~4 dengan 1 cawan air sehingga lumat
2) Masukkan 1 cawan air dan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Reneh sekejap atas api
3) Kemudian masukkan halba, lada hitam, santan, ikan bilis dan air asam jawa
4) Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga mendidih
5) Akhir sekali garam dan gula secukup rasa
6) Masukkan ayam yang telah masak dibakar ke dalam kuah dan gaul rata dan masak di atas api sekejap.
7) atau celup ayam yang telah masak dibakar ke dalam kuah dan bakar semula dan ulang beberapa kali.
Bagi pengemar masakan ayam percik, selamat mencuba resipi ini.
Yummy!
Eucommia
Eucommia bark – kulit batang pokok Eucommia yang luar biasa – adalah salah satu herba Cina yang mempunyai manfaat kesihatan yang sangat besar. Ia juga dikenali sebagai Du Zhong dan telah lama digunakan dalam amalan klinikal ‘traditional chinese medicine’. Kulit batang eucommia digunakan secara meluas untuk kesihatan hati dan sebagai tonik buah pinggang, menguatkan otot dan tulang, menurun tekanan darah tinggi dan mencegah keguguran. Ia juga diambil untuk merawat sakit belakang, lutut dan arthritis. Pengambilan berterusan boleh
membuat badan terasa ringan dan melambatkan proses penuaan
Kulit eucommia boleh:
1) Direbus dalam air panas dan minum sebagai teh
2) Dimasukkan dalam rebusan sup
3) Boleh dimasukkan ke dalam masakan ayam, daging dan sayur
Dos adalah 10g~15g sehari di rebus dalam air
Sehingga kini dikatakan tiada kesan sampingan yang diketahui berkaitan dengan eucommia dan juga tiada terdapat laporan ketoksikan kerana overdose. Walau bagaimanapun, kerana eucommia memberi kesan kepada tekanan darah, pesakit yang mengambil ubat tekanan darah perlulah mendapat pandangan doktor sebelum mengambil eucommia atau formula yang mengandungi eucommia.
Rujukan:
Eucommia: a Unique Rubber Tree





