Annyeong haseyo! (hello)

Saya memang minat drama dan dokumentari korea. Astro KBS 391 boleh dikatakan channel favourite saya πŸ™‚ Saya perhatikan banyak drama memaparkan kimchi sebagai makanan ruji rakyat korea. Macam sambal belacan dengan orang Melayu, memang tak dapat dipisahkan!

Kimchi sebenarnya hanyalah sayur yang diperam tetapi ia sarat dengan vitamin A, B, C dan pelbagai mineral. Kandungan bakteria lactic acid yang terdapat dalam kimchi turut membantu penghadaman. Ia tinggi serat dan rendah lemak lantas berkesan untuk menurunkan berat badan, menguatkan sistem imun dan membantu mengelakkan tekanan darah tinggi. Beberapa kajian menunjukkan kobis yang ditapai mempunyai sebatian yang boleh menghalang pertumbuhan kanser. Kimchi yang diperam selama dua hingga tiga minggu menghasilkan bakteria lactic acid dan vitamin terbanyak dan ia juga paling sedap pada waktu ini.

By the way, ini resipi kimchi yang saya buat semalam. Selamat mencuba.

image

image

image

image

image

image

Bahan-bahan:

1) 1 lb (anggaran 1/2 kilogram) kobis napa yang dicuci dan dihiris
2) 1/4 cawan garam himalayan atau garam laut + 1 mangkuk air suam, kacau hingga larut
3) 1/2 biji pear dibuang kulit
4) 1/2 biji epal dibuang kulit
5) 1 bawang besar saiz kecil
6) 3 tangkai daun bawang yang dipotong
7) 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
8) 1 sudu besar halia yang dicincang
9) 4 sudu besar serbuk cili kering (serbuk cili ni tak pedas)
10) 3 sudu besar air rebusan ikan bilis ( 3 sudu besar ikan bilis + 1/2 cawan,rebus dan biarkan sejuk)

Cara-caranya:

1) Masukkan kobis ke dalam bekas dan tuang air garam, gaul rata dan biarkan selama 4 jam. Tutup bekas.
2) Selepas 4 jam, kobis dibilas 2 atau 3 kali dan perah kobis perlahan2 supaya sejat air.
3) Kisar buah pear dan epal tanpa air
4) Masukkan serbuk cili, bawang putih, halia, air rebusan ikan bilis & bahan kisar kedalam mangkuk dan gaul rata.
5) Masukkan adunan no.4 ke dalam mangkuk sayur kobis dan daun bawang. Gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam balang kaca kedap udara.
6) Selepas 24 jam bolehlah masukkan balang kimchi ke dalam peti sejuk.

Jal meokkesseumnida! (Bon appetit)
Baru belajar je ni, thanks to Google hehehe πŸ˜€

Rujukan:

Healthy and tasty Kimchi


How to make Kimchi

Advertisements

17 thoughts on “Kimchi makanan berkhasiat

  1. Assalamu’alaikum Puan Kasih… Puan ada facebook? Apa nama facebook Puan? Boleh Marfuzah nak kongsi resepi kimchi ini dalam facebook? @ Puan hantar resepi kimchi ini dalam facebook marfuzah yang tertera diatas?

    1. Waalaikumussalam. Marfuzah boleh share resipi kimchi ini dengan klik di atas – share this: Facebook
      Klik digambar saya akan terus ke facebook saya πŸ™‚

  2. Assalamualaikum…thank you Puan Kasih for the recipe. Surprisingly my mom yang berlidah pure melayu ni pun love it. Mohon share ye πŸ˜‰

  3. Assalamualaikum. Thanks for the recipe! Sangat senang resipi puan. Baru first time buat. Saya cuma lebihkan buah. Kalau ramai berkenan, saya nak buat lagi! Thanks again!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s