Buah Pisang Kaki

Buah pisang kaki atau nama lainnya buah kesemak adalah kaya dengan khasiat dan mempunyai pelbagai kegunaan perubatan.

Buah segar ini rendah kalori dan lemak, mengandungi semua jenis fitonutrien, flavonoid dan anti oksidan seperti catechin (diketahui mempunyai sifat antibiotik dan anti radang dan untuk melindungi saluran darah kecil pendarahan) dan juga gallocatechins dan asid betulinic, perencat tumor. Anti oksidan lain yang terdapat dalam buah pisang kaki adalah beta karotena, lycopene, lutein, zeaxanthin dan cryptoxanthin. Kandungan zeaxanthin menyerap ke dalam mata dan membantu menapis cahaya. Ia juga kaya dengan vit A dan C serta B-kompleks.

Menurut satu kajian;
Buah pisang kaki mengandungi fisetin flavonoid dikatakan dapat membunuh sel-sel kanser payudara tanpa merosakkan sel-sel payudara yang normal. Fisetin juga penting dalam pembasmian sel-sel kanser kolon dan prostat.

Buah ini juga kaya dengan serat larut yang penting untuk kesihatan kardiovaskular. Pengambilan jangka panjang telah terbukti boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung koronari. Walau bagaimanapun, mengambil dalam kuantiti yang berlebihan mungkin berbahaya kepada kesihatan terutama bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis kerana ia mengandungi kadar fruktosa dan glukosa yang tinggi.

1448933031201
Air rebusan buah pisang kaki diminum sebagai tonik melegakan perut dan untuk mengecutkan tisu, penyakit dada dan paru-paru. Manakala air rebusan daunnya pula diminum sebagai ubat batuk, rawatan demam panas dan allergy/alahan.
Cara mengambil daun pisang kaki:
1 atau 2 sudu teh daun kering direndam dalam cawan (8 oz) air mendidih selama 5 minit. Cawan ditutup dan kemudian ditapis. Boleh maniskan dengan madu.

Rujukan:
Ong Hean Chooi: Buah, khasiat makanan & Ubatan


What Are Persimmons Good For?


Got allergies, Get persimmon leaf tea

Khasiat Jelatang

Seluruh tanaman jelatang (stingging nettle) ditutupi dengan bulu2 halus terutama dibahagian daun dan batang. Kalau tersentuh, pohon ini akan melepas kan bahan kimia, menyegat dan mencetus keradangan sehingga menyebabkan kemerahan, gatal2, panas dan sakit. Jadi kena berhati2 dan sebaik2 nya pakai sarung tangan kalau nak potong tanaman ni. Dikatakan kalau ada arthritis dan terkena daun jelatang ni memang akan terasa sangat bisa sakitnya tetapi kesannya kemudian boleh memberi kelegaan sementara bagi pesakit arthritis. Bila dimasak, bahan kimia yang menyengat akan musnah dan jelatang boleh dikendali dan makan tanpa insiden menyengat.

image
(Saya pernah juga ambil daun jelatang yang dikeringkan jadikan sebagai teh herba, tapi yang kapsul lagi le mudah. Dikatakan lebih berkesan jika buang kapsul dan kacau dalam air dan minum)

Daun jelatang bila dimasak kaya dengan vitamin A, C dan zat mineral besi, kalium, mangan dan kalsium adalah antara remedi herba yang paling berharga dan selamat dimakan. Di Eropah daun jelatang sering digunakan sebagai tonik di musim bunga.

image

Jelatang mempunyai kesan lembut, merangsang sistem limpa, menghasilkan perkumuhan bahan buangan melalui buah pinggang. Jelatang juga menggalakkan penyingkiran asid urik dari sendi, berkesan untuk menghadam protein, sebagai diuretik jelatang meningkat aliran air kencing. Jelatang penawar untuk arthritis, sakit sendi, otot, gout, infeksi saluran kencing dan sangat baik untuk anemia, keletihan dan alahan.

Jelatang mempunyai pengaruh yang berfaedah pada hormon dan membantu badan mengekalkan tulang dan sendi yang sihat. Khasiatnya sangat baik untuk ibu mengandung kerana dikatakan boleh menguatkan janin, mengurang kesakitan bersalin, menambah pengeluaran susu bagi ibu2 yang sedang menyusu, meningkatkan mood, remedi asli untuk jerawat dan apabila digunakan sebagai bilasan rambut dapat merangsangkan kulit kepala berfungsi melegakan kelemumur.
image
image
(Buku2 diatas juga digunakan untuk rujukan)

Dikatakan Jelatang boleh menghasilkan kesan2 sampingan dan berinteraksi dengan ubat. Sekiranya mengambil apa2 ubat dan merancang hendak mencuba herba ni, dapatkan dulu nasihat doktor.