Hari ini saya buat kimchi lagi, kali ini dengan kuantiti yang lebih banyak. Saya buat tiga jenis kimchi yang berbeza, asasnya sama cuma saya guna jenis sayur dan ramuan yang lain untuk mengkaji yang mana lebih sedap. Untuk balang A, saya kekalkan resipi asal seperti entri sebelum ini. Balang B pula saya gunakan sayur daikon, carrot, kobis, fennel bulb, daun bawang, dan kacang buncis. Sayur2 ini dipilih kerana ia lebih rangup dan akan memberi kelainan pada rasa kimchi. Untuk Balang C pula saya guna sayur yang sama seperti balang B tapi saya masukkan 2tbsp madu, 2 tbsp cuka epal, 2 tbsp serbuk cili dan 1 tbsp minyak zaitun.
Kimchi A
Kimchi B
Resipi kimchi terdapat dalam entri sebelum ini, kimchi makanan berkhasiat
Kimchi C
Hasilnya?
Kena tunggu lagi seminggu π
Updated: Hasil ujian selepas dari seminggu Balang A dan B, sedappp. Balang C tak sedap, hihihi.. π¦
bole describe mcm mane rasa kimchi tak?
tgk mcm menarik n sedap
Hmm.. Kimchi ni jeruk, rasa masam, masin dan kalau letak serbuk cili kering yang pedas, pedaslah dan rangup. Cubalah buat sikit dulu. π
tentu sedap . halal resepi ye.
Halal… π