Percutian Di Melbourne – Akhir

Assalamualaikum.
Sorry for the late update. Busy sangat..

Ok, pada hari ke 4, kami ke Great Ocean Road. Tour ini wajib diambil sekiranya anda ke Melbourne kerana ia merupakan salah satu destinasi tercantik di dunia. Kami ambil package under Melbourne Coastal Touring. Perjalanannya agak jauh, mengambil masa yang lama kerana berhenti di beberapa tempat untuk bergambar dan menikmati keindahan alam. Kami bertolak pada jam 7.30 pagi.

Cuaca pada hari itu panas terik tetapi kami terlalu asyik menikmati keindahan tempat ini dan seronok bersiar di tepi pantai sehingga tidak sedar yang kami berjemur begitu lama. Bila tengok cermin, dah pun ‘sunburn’ :).

Perjalanan pulang mengambil masa lebih kurang tiga jam. Kami tiba balik ke hotel pada lewat petang… Outing pada hari itu memang penat tetapi it was worth it.
For the remaining days, we just spent our time exploring Melbourne City, no more special outings.

image

image

image

image

image

image

image

image

image
Kami juga singgah di Rain Forest yang berusia berjuta tahun, menurut guide kami..
image

image

image

So setakat ini sajalah travelog Melbourne untuk kali ini.
All in all it was a pleasant holiday 🙂

Advertisements

Percutian Di Melbourne – 3

Ke Brighton Beach..

Dari train station di Flinders street kami menuju ke Brighton Beach yang terletak di Dendy Street. Kami ke sana semata-mata hendak melihat bathing boxes yang terletak di persisiran pantai. Tengok dalam internet, nampak macam cantik

Setelah tiba di Brighton Station kami berjalan kaki di sepanjang pantai selama lebih kurang 15 minit. Dari jauh dah boleh nampak deretan 82 buah bathing boxes yang berwarna warni yang merupakan salah satu ikon pelancongan Melbourne. Bathing boxes ini nampak menarik dan unik tapi tiada kemudahan letrik dan air di situ. Tak pasti apa kegunaannya sebab tak nampak orang guna pun. Bilik persalinan barangkali.
Ketika bergambar di depan bathing boxes tu, sempat juga saya tinjau lihat dalam kotak-kotak tu, rupanya kosong, tak ada apa-apa pun di dalamnya. Cantik di luar je

Dari pantai, seberang jalan kelihatan banyak rumah-rumah mewah warga terkaya di Melbourne….

image

image

image

image

image

image

image

Percutian Di Melbourne – 2

Salam semua

Hari ke 2 kami di Melbourne..
Selepas sarapan, kami pergi ke Queen Victoria Market di Elizabeth Street, salah satu destinasi utama pelancong. Di sini terdapat pelbagai jenis barangan dijual seperti kraf tangan, pakaian, souvenir, sayuran, buah-buahan dan macam-macam lagi.

Jam 3.30 petang kami mula bertolak ke Philip Island, salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Victoria. Ia terkenal dengan perarakan beribu penguin kecil naik ke darat, pantai yang indah serta pemandangan yang sangat menarik. Kami ambil pakej Little Penguin Bus setelah membaca banyak review positif. (www.thelittlepenguinbus.com.au)

Perjalanan kami ke sana mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Sebenarnya jaraknya tidaklah jauh sangat iaitu 75 kilometer sahaja. Tapi David, driver kami telah membawa kami singgah di Seal Rock and the Nobbies dahulu sebelum tiba Penguin Parade jam 6 petang. Cuaca agak sejuk pada hari itu terutama di waktu malam ketika menyaksikan penguin keluar dari laut naik ke darat secara berkumpulan. Unfortunately, no photography allowed during the parade. But it was still a great experience.

Here are some of the pictures taken..

image

image

image

Di Seal Rock and the Nobbies

image

image

image

image

image

image

image

image

Gambar di bawah diambil di photography booth. Nampak macam real kan? 😀

image