Percutian di Melbourne – 1

Assalamualaikum

Rasanya belum terlewat lagi untuk saya ucapkan selamat menyambut tahun baru pada anda pembaca semua. Semoga di tahun baru ini hidup kita lebih bahagia dan cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya, insyaAllah.

Sudah 10 hari saya dan keluarga pulang dari bercuti di Melbourne, Australia. Baru kini nampaknya ada kesempatan untuk berkongsi serba sedikit kisah percutian kami selama 7 hari di sana.

Pada awalnya, saya berhajat hendak bercuti di Tokyo, Jepun. Namun, bila difikirkan semula, bulan Disember di Jepun jatuh pada musim sejuk di mana waktu siangnya singkat. Oleh itu terpaksalah kami pilih destinasi yang lain.

Setelah google, kami dapati Melbourne adalah antara destinasi yang menarik untuk sebuah keluarga pergi bercuti. Selepas itu barulah bermula sesi perbincangan dan perancangan kami sekeluarga. Anyway, thanks to my daughter, Zafirah, who did lots of research through the internet and made all the necessary booking and arrangements for an enjoyable vacation.

Pada hari Jumaat, 25/12/2015 jam 10.30 malam, bertolaklah kami ke Melbourne, Australia. Penerbangan mengambil masa selama 7 jam 22 minit dan tiba di Melbourne pada jam 9 pagi waktu tempatan. Alhamdulillah, setiba di sana, segala urusan immigresen dan kastam berjalan lancar.

Dari Airport kami terus ke hotel dengan menaiki teksi. Even though we felt a bit tired after the long journey, the excitement and joy of being in Melbourne, gave us the strength to step out of the hotel and tour the city.
Hari pertama di Melbourne, kami banyak menghabiskan masa di sekitar bandar Melbourne. Salah satu keunikan Bandar Melbourne adalah sistem tram yg efisien meliputi kawasan yang luas dan ianya percuma di kawasan sentral. Tapi kalau kita nak pergi luar daripada free zone, perlulah kita membeli kad MYKI macam konsep touch n go.
Rupa-rupanya di Bandar Melbourne ini, saya dapati agak mudah untuk mendapat makanan halal. Contohnya, terdapat Restoran Melayu Little Ipoh dan Norsiah Kitchen. Nandos di Melbourne adalah halal sebagaimana tertera diwebsite mereka. Boleh google for more information.
Cuaca sangat baik. Walaupun musim panas, udara hari itu dingin dan nyaman sekali.

Photos on the first day..

image

image

image

image

image

image

Merentasi lautan pasifik

Saya dan suami ketika ini dalam penerbangan keSydney, Australia. Waktu Malaysia jam 11.15 malam. Belum dinner  dan kini sedang menunggu makanan. Ya dah lewat dan perut sudah keroncong. Penerbangan selama 7 jam dan insyaAllah tiba diSydney jam 8.12 pagi esok ( waktu Australia )

image

image

Rasa sedih juga tinggal anak lelaki seorang dirumah. Tapi dia mungkin gembira….

Anak saya pesan tak payah nak diet2. Balik nanti ikut dia pergi gym. Tapi naik bukit lagi seronok! Dapat hirup udara segar….dan bertemu kawan2.

Makan malam dah tiba.

image

image

image

image

image

image

Ok, perut dah kenyang, mata pun dah letih dan mengantuk.

Gudnite.

————————————————————–

Sekarang jam pukul 4.28 pagi waktu Malaysia.( perbezaan waktu 2 jam antara Kuala  Lumpur dan Sydney ). Dah solat subuh.

Masa untuk sarapan.

image

Black coffee no sugar.

image

Sarapan yang simple. Bagus!

InsyaAllah 1 jam lagi tiba Sydney.

image

Dah tiba. Kami ada  express arrival card, dapat  keluar cepat.
————————————————————–

Cuaca sejuk, baru lepas hujan. Sekarang  musim luruh. Sangat menarik. Kami tiba dihotel jam 9 pagi. Belum boleh check in. Tinggalkan beg dan keluar bersiar, jalan sampai ke Sydney Opera House, lebih kurang 15 minit dari hotel.

Baru check in bilik

image

Nak sembahyang lepas tu rehat sekejap,  nanti bolehlah bersiar2.