Puding labu dan avocado

image
Labu ni kecil, dibelah atas dan dibuang biji. Masukkan 1 biji isi avocado dan tutup labu dengan bahagian atas labu dan kukus selama 30 minit.

image

Dah sejuk keluarkan semua isi labu dan avocado dan kisar bersama 1/2 cawan susu sejat penuh krim + 1 cawan susu pekat +2 tbsp koko powder+ 4 biji telur + 2 tbsp tepung jagung dan sedikit garam. Kisar hingga sebati.

image
Kukus selama 30 minit.

Puding ni lembut. Boleh le cuba untuk berbuka puasa.

SELERA RAMADAN

Khasiat Avocado

Bagi saya buah avocado tidaklah seenak buah tempatan dan harganya agak mahal. Digalakkan makan hari-hari kerana dikatakan buah ini mempunyai banyak khasiatnya. Hmm.. kalau sekali sekala okay lah juga kan? Makan hari-hari parah budget dibuatnya, tak kan la nak makan sorang2.

image
(Avocado juga digunakan sebagai bahan asas bagi beberapa produk kosmetik dan kecantikan, terutama sebagai face mask yang dikatakan berkesan membuat kulit menjadi lembut dan segar)

Buah avocado rasanya lemak dan ‘creamy’ kaya dengan vitamin C,E,K dan mengandungi potassium juga asid folik. Kerana berkhasiat dikatakan dapat mengelak radang sendi dan mencegah serangan jantung dan juga kanser.

Buah ini juga mengandungi kadar lutein yang tinggi (terdapat lutein di jual dalam bentul kapsul), sangat bermanfaat untuk kesihatan mata (dapat mencegah dan mengawal katarak).

image

Disamping itu kandungan folate dalam avocado yang tinggi juga dikatakan dapat menghalang dari serangan strok.

Menurut kajian yang dibuat di Ohio State University, sering makan avocado dengan buah tomato memberi impak yang baik pada kesihatan kerana penyerapan lycopene dari tomato lebih berkesan dengan 4 kali ganda. Campurkan tomato, lobak dan avocado dan kisar, menjadi smoothie yang mengandungi nutrien yang seimbang dan bagus diberikan pada kanak2  sebagai satu hidangan yang  berzat.

Alfalfa dan buah2an

Bulan Ramadhan semakin hampir, nak kena biasakan perut kurangkan makan. Tengah hari ini rasanya tak nak makan nasi. Hmm….makan sayur dan buah2an. 😀

image

1 biji avocado dilenyek +2 sudu makan minyak zaitun + 1 sudu makan cuka epal + 1/2 sudu makan royal jelly dan sedikit garam + 2 sudu makan mayonnaise. Digaul semua bagi sebati dan biar sekejap(Bahan A)

1 biji epal, 1pear cina, 1/2 zucchini dan 1 tomato dipotong kiub dan segenggam alfalfa. Masukkan kedalam Bahan A dan gaul bagi rata.

Makan makanan berkhasiat dan jalan naik bukit, hmm… garenti boleh kurus dan sihat. Tidak perlu pergi gim bayar beribu ribu ringgit untuk kelihatan lansing! hehe