Awet muda?

Ketika di Mekah akhir tahun lepas, dengar ceramah seorang ustaz. Katanya, ada berbagai2 jenis kurma dijual di Mekah dan Madinah. Ada satu jenis kurma iaitu kurma untuk awet muda (saya lupa bahasa arab panggil apa).Geli hati saya dibuatnya. Biar betul ustaz! Saya ingat ustaz ni bergurau, rupanya ramai ustaz2  lain pun kata gitu.

Apa lagi saya pun beli le.. Untuk awet muda!!! Haha

image

(Ada 2 jenis besar dan kecil)

image

(Ini chia seeds, saya rendam 2 sudu makan semalaman. Chia kembang hampir penuh botol)

image

Saya kisar 2 jenis kurma (15 biji) hingga halus. Banyak? Ye le untuk 2 orang. Tak adilkan kalau saya sorang yang nampak awet muda hehe dan masukkan chia dan kisar sekejap je.

Saya dan suami suka minuman ini. Sedap! Nampak awet muda? Entah la, yang pasti hati dan perasaan sentiasa rasa muda. 🙂