Ketika di Mekah akhir tahun lepas, dengar ceramah seorang ustaz. Katanya, ada berbagai2 jenis kurma dijual di Mekah dan Madinah. Ada satu jenis kurma iaitu kurma untuk awet muda (saya lupa bahasa arab panggil apa).Geli hati saya dibuatnya. Biar betul ustaz! Saya ingat ustaz ni bergurau, rupanya ramai ustaz2 lain pun kata gitu.
Apa lagi saya pun beli le.. Untuk awet muda!!! Haha
(Ada 2 jenis besar dan kecil)
(Ini chia seeds, saya rendam 2 sudu makan semalaman. Chia kembang hampir penuh botol)
Saya kisar 2 jenis kurma (15 biji) hingga halus. Banyak? Ye le untuk 2 orang. Tak adilkan kalau saya sorang yang nampak awet muda hehe dan masukkan chia dan kisar sekejap je.
Saya dan suami suka minuman ini. Sedap! Nampak awet muda? Entah la, yang pasti hati dan perasaan sentiasa rasa muda. 🙂
Puan kasih…chia seed mahal tak? Dimana nk cari nii..
Dah cuba cari di kebanyakan supermarket, tak jumpa lagi. Beli semasa diAustralia. Agak mahal kalau dibandingkan dengan seeds lain yang dijual disini.
Salam Puan, seronok betul saya membaca tulisan puan, berkongsi ilmu di bulan Ramadan tentu lebih besar pahalanya. Bercakap tentang awet muda ni, saya sebenarnya masih tercari-cari produk yg organic, yg tak banyak guna bahan chemical .. skrg ni banyak produk yg nak tunjuk kesan cepat which saya rasa tak elok sebenarnya, merosakkan tisu kulit muka. Puan pakai produk apa ye untuk kulit muka?
Ni le kelemahan saya tentang produk kulit muka, cepat jemu dengan satu jenama, suka tukar2. Alhamdulillah, so far no problem, cuma kena berhati2 bila beli tu. Kalau too good!! hmm kena fikir lebih dari dua kali….
sekarang ni puan pakai produk apa? if you dont mind sharing 🙂
Pencuci muka saya pakai daily microfoliant, Dermalogica. Pelembap Extra Firming Day Cream, Clarins. Untuk malam my favourite buat masa ni hahaha ialah Argan Oil Certified Organic, Lariese.
Dulu Siti Nurhaliza pun pakai Dermalogica hehe.. mesti puan comel macam Siti ..
saya tengah survey pasal chia seed ni.. seronok baca entry2 puan.. saya dah jumpa mana nak beli chia seed kat msia ni. ada dijual di cosway. rm48 utk 500g 🙂
Terima kasih, nanti bolehlah saya beli chia seeds di sana. 🙂