Cendawan Eryngii

Terdapat banyak jenis cendawan tapi bagi saya cendawan eryngii yang paling sedap. Eryngii ini sesuai di masak dengan pelbagai cara dan saya suka kalau masukkan ia ke dalam masakan tomyam, sup atau stim bersama ikan. Kalau kita goreng cendawan eryngii pun menyelerakan juga, tapi tahu sajalah bila banyak sangat makan makanan bergoreng ni, nanti datang masalah kesihatan pula, 😦

Anyway, jom baca apa kelebihan cendawan erynggi ni.

Cendawan Eryngii juga dikenali sebagai king oyster atau king trumpet mushroom, sering digunakan untuk manfaat perubatan dan kesihatan. Cendawan ini menjadi popular melalui perubatan cina. Ia mengandungi kadar antioksidan yang tinggi dan sebatian ‘ergothioneine’ yang melindungi sel-sel dan meningkatkan sistem imun.
Cendawan eryngii secara umum adalah sangat kaya nutrien, boleh membantu meningkatkan kesihatan vaskular,mengurangkan paras kolesterol LDL dan risiko kanser.

Richard Sullivan, seorang ahli Division of Cancer Studies menulis dalam artikelnya bertajuk Medicinal Mushroom bahawa pelbagai spesis pleurotus, seperti eryngii mungkin dikaitkan dengan aktivti anti kanser serta kesan positif terhadap sistem imun, anti virus, antibiotik dan anti radang. Ini mungkin disebabkan oleh beta-glucans iaitu sebatian aktif utama yang ditemui di dalam eryngii.

Saya tak pernah jumpa cendawan yang lebih besar dari cendawan ini. Yang bestnya kita boleh makan banyak sebab ia rendah kalori dan lemak. Bukan tu saja, ia kaya dengan serat dan tidak ada kolesterol. So no need to worry about gaining weight. 😀
image

SUP JENAHAK & ERYNGII
image
Okay lah, sekarang saya nak kongsi resipi sup ikan jenahak dengan cendawan erynggi yang saya masak baru-baru ini.

Bahan-bahan:

1) 1 keping ikan jenahak
2) 2 cendawan erynggi dihiris
3) Segenggam daun ketumbar dengan akar
4) 1 biji tomato dibelah 4
5) 1 labu bawang besar dibelah 4
6) 4 ulas bawang putih diketuk
7) Lada hitam, cili padi diketuk dan garam secukup rasa
8) Jus lemon.

Didihkan 2 1/2 cawan air dan masukkan semua bahan 1~7 sehingga masak. Tutup api baru masukkan jus lemon secukup rasa.

Selamat menjamu selera. 😉

The Health Benefits Of King Oyster Mushrooms.

Sebulan dengan oat dan… turunkan kolesterol LDL?

Kita selalu risau bila kolesterol LDL tinggi dan HDL rendah. Ye tak? Bila jadi begini apakah tindakan yang kita ambil? Ambil statins? Saya tak pernah ambil ubat statins jadi tidak tahulah bagaimanakah rasa kesan dari makan ubat itu. Tapi kawan-kawan yang pernah mengambil memberitahu saya, kesan yang mereka lalui ialah sakit sendi.

Teringat pengalaman yang saya lalui 2 tahun lalu.

Kata kawan saya, seorang pharmacist “bacaan kolesterol you ni sangat tinggi, what happened? You must control your diet!” dia bebel pada saya non stop. Well, she is my good friend, so she dares to nag me!! hahaha…anyway thanks Vee for your concern!

Selepas sebulan saya bertemu Vee,

“Hey, how did you do it? you makan apa? Your LDL turun dan HDL naik?”

Apa yang telah saya lakukan? Oat dan halba! Saya ambil 4 kapsul halba sehari iaitu 2 kapsul diwaktu pagi dan 2 kapsul diwaktu petang and of course I look after my diet. Halba boleh juga menurunkan paras gula dan sekiranya ada mengambil ubat kencing manis, kenalah berhati-hati kerana dibimbangi paras gula turun terlalu rendah, nanti boleh memberi kesan yang tidak baik.
Bukan senang nak makan oat setiap hari. Kita kena lebih kreatif supaya tidak timbul rasa muak dan jemu. Saya suka masukkan minyak zaitun (boleh juga menurunkan ldl dan meningkatkan hdl), goji dan kismis kedalam oat (a good combination for healthy diet)….InsyaAllah berkesan.

Kolesterol adalah bahan lemak yang ditemui dalam darah.

image

image

Oat mengandungi serat larut dan serat tidak larut. Serat larut yang di panggil beta glucan boleh meningkatkan sistem imun, mengurangkan kolesterol LDL dalam darah tanpa merendahkan kolesterol HDL. Beta glucan juga melambatkan penghadaman kanji, dengan ini boleh memberi kebaikan untuk pesakit kencing manis kerana ia dapat mengelakkan paras gula dalam darah naik dengan mendadak.

Lignan dalam oat telah dikaitkan dengan penurunan risiko penyakit yang berkaitan dengan hormon seperti kanser ovari, prostat dan payudara. Oat kaya dengan silica dan ia membantu memelihara kulit, kuku, tulang dan rambut. Kandungan mangan dalam oat boleh menguatkan tendon, ligamen dan tisu.Oat juga rendah kalori, tinggi kadar protein dan mengandungi antioksidan.

Jadi, sekiranya ada masalah kolesterol cubalah elak dari mengambil ubat kerana kesan sampingannya memang tak best untuk badan. Nanti badan mula le sakit sini sakit sana….

Apakata semangkuk oat sehari, mulai hari ini. 😉

Khasiat cendawan maitake

Semalam masak sup cendawan maitake. Sup ini sangat berkhasiat kerana cendawan maitake menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

image
Maitake raja cendawan? Anti kanser?

Maitake telah di amalkan dalam perubatan tradisional China dan Jepun sejak berabad-abad lamanya. Ia mengandungi sejenis polisakarida yang di panggil beta glucan, yang boleh juga ditemui dalam yeast dan beberapa cendawan yang lain. Kandungan beta glucan yang tinggi dalam maitake merangsangkan sistem imun dan mengaktifkan sel-sel bagi mengurangkan risiko kanser, melambatkan pertumbuhan tumor, melindungi sel-sel sihat daripada menjadi kanser, mengurangkan kesan sampingan kemoterapi, meningkat keberkesanan merawat kanser, merendahkan tekanan darah, mengawal tahap gula dalam
darah dan meningkat kesihatan jantung. Ia juga dilaporkan membantu pencernaan.

Maitake tea? Sangat menarik untuk di cuba!! Apa yang perlu saya lakukan ialah kisar cendawan maitake kering (organik) sehingga menjadi serbuk halus. Kemudian bancuh kedalam air panas seperti biasa. Agaknya bagaimana rasa maitake tea ni bila dimaniskan dengan madu atau di masukkan perahan lemon atau teh O panas + serbuk maitake….

Serbuk cendawan maitake boleh dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Hmm… cendawan pun dah habis, kalau tidak boleh le cuba buat maitake tea esok. 😀

image
Informasi dari buku ini sangat bermanfaat untuk kita…