BPA

Ya Bisphenol A, yang sering dikatakan memberi kesan negatif kepada kesihatan. BPA ialah molekul kimia, yang membentuk plastik merupakan ancaman utama kepada kesihatan kita (the problem is, BPA is also a synthetic estrogen) dan difahamkan molekul kimia daripada bekas plastik boleh menyerap kedalam tubuh manusia. BPA sering juga digunakan didalam pelbagai produk plastik dan biasanya wujud dalam botol air polikarbonat.

Pendedahan yang berlebihan kepada bahan kimia yang bahaya ini (BPA)dalam jangka masa yang lama boleh mengakibat impotensi lelaki (menurut kajian yang dibuat dinegara China). BPA juga dikatakan menyebab gangguan kepada sistem hormon. Satu laporan yang diterbitkan oleh time magazine satu ketika dahulu yang bertajuk ” The perils of plastic ” menyatakan 93% air kencing rakyat Amerika bermula dari usia 6 tahun terdapat BPA. Ini mengambarkan betapa serius masalah ini. BPA dikaitkan dengan penyakit kanser payu dara, Ovari dan juga prostate.

Apakah tindakan yang perlu diambil, emm.. saya?
Cuba sedaya upaya mengurangkan(kalau boleh tak nak guna langsung) penggunaan container plastik yang mengandungi bahan kimia BPA ini (kalau nak beli makanan di luar rasa2 nak bawa bekas sendiri,terutama untuk kuah2 yang panas) .
image

Kini banyak bekas2 plastik yang dijual bebas BPA terdapat dipasaran
Biasanya dilabelkan’ BPA free’ atau’ bebas BPA’.
Kalau ada masa2 yang terlebih, tak tahu apa nak buat, bagus juga gi jengok2 dan baca The perils of plastic by BRYAN WALSH….