Sup Gobo

Baru-baru ini semasa beli gobo segar di supermarket, saya dan teman disapa oleh seorang wanita berbangsa cina. Dia hairan melihat saya membeli gobo kerana biasanya hanya kaumnya saja yang suka. Dia tanya saya, macam mana saya masak gobo ini.. 🙂

Katanya pada saya; rebus gobo, carrot, daikon dan cendawan kering gitu je pun dah sedap dan sup ini sangat baik untuk perjalanan darah dalam badan.

Jadi lewat pagi tadi saya pun masaklah sup gobo seperti yang wanita itu katakan. Walaupun simple tetapi bagi saya ternyata sedap, ya saya sangat suka…. 🙂

Menurut Bartram’s encyclopedia of herbal medicine:
Gobo merupakan tonik untuk darah yang sangat berkesan.

Panjang 1 batang gobo segar ni, susah nak ambil gambar jadi saya kerat 3 😉
image

1 batang Gobo/Burdock disagat
image

1 batang Daikon/Lobak putih disagat
image

image

Sebelum saya masak sup gobo terlebih dahulu saya rendamkan 1 paket cendawan kering semalaman (lupa pulak nak kira, mungkin 10~15, hehe… ). Cendawan kering hendaklah dibasuh bersih sebab air rendaman nanti tidak dibuang kerana air itu mengandungi banyak nutrien.

Bila 2 litre air dah mendidih masukkan cendawan dan air rendamannya, gobo dan renehkan selama 1jam. Kemudian masukkan 4 batang carrot yang dipotong besar. Bila carrot dah lembut baru masukkan daikon dan masaklah selama 5 minit lagi. Tutup periuk dan tutup api. Oops jangan lupa garam secukup rasa…

Sekali sekala makan sup gobo tanpa nasi untuk lunch baguslah juga.. 😉

Sup herba ikan siakap

Semalam saya masak sup herba ikan siakap.

image
Saya suka beli herba yang telah dikeringkan dan stok di rumah sebab senang bila saya nak masak satu-satu resipi tu, bahan sentiasa ada.

image
Masakan ni mudah, cuma lama atas api..

image

Bahan-bahan:
1. 4 keping cendawan maitake
2. 1/2 cawan keladi cina
3. 2 (6″) batang burdock (gobo)
4. 3″ halia
5. 4 ulas bawang putih
6. 1 ekor ikan siakap
7. 3 tbsp minyak bijan
8. 6 cawan air
9. lada sulah dan garam secukup rasa

Cara memasak:
Masukkan semua bahan 1 ~ 5 ke dalam periuk dan tambah 6 cawan air, masak selama 1 jam 15 minit diatas api yang kecil. Tutup periuk, kemudian masukkan ikan. Bila dah masak baru masukkan minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa.

Sup herba banyak khasiat, baik untuk kesihatan badan. Cuba le… 🙂

Salah satu bahan yang digunakan iaitu keladi cina, boleh membantu mengurangkan lemak dan kolesterol dalam aliran darah, menguatkan buah pinggang, melarut kahak dan mukus.

Untuk bacaan selanjutnya mengenai khasiat burdock boleh klik di sini

dan khasiat maitake disini

Gobo, Tonik darah?

image
Gobo (Burdock) baik untuk penghadaman dan nyah toksik. Melegakan bengkak sendi dan mengurangkan keradangan seperti gout, arthritis dan rheumatism.

Menurut Bartram’ s encyclopedia of herbal medicine:
Gobo merupakan tonik untuk darah yang sangat berkesan.

Sup kesukaan saya, mudah dan simple.

image
Bahan- bahan: 5 batang gobo (kering), 6 ubi kentang, 1 labu bawang besar dan 3 ketul ayam.

image
Ubi kentang dipotong kiub

image
Selepas saya rebus gobo + 3 mug air selama 30 minit diatas api yang kecil, saya masukkan ayam, ubi kentang dan bawang yang dihiris kecil. Biarkan atas api kecil selama 30 minit lagi. Dah masak, isi ayam dicarik dan masukkan kedalam sup. Akhir sekali masuk garam dan lada hitam secukup rasa.

image

Gobo juga menambah rasa sedap sup. Terdapat yang ‘fresh’ dijual di supermarket. Saya suka beli yang kering sebab boleh simpan lama.
Kalau ada gobo dirumah, cuba le resipi ini 😉