Portobello Senkuang

Jom cuba masakan Cendawan Portobello ini.

image

image

Bahan-bahan:

1) 5 cendawan portobello dihiris
2) 1/2 biji sengkuang dihiris seperti dalam gambar
3) 5 biji jeruk belimbing buluh dicincang
4) 3 ulas bawang putih dicincang
5) Cili padi dihiris
6) Serbuk kasar lada hitam dan garam secukup rasa.

Cara:
1) Tumis bawang putih sehingga kekuningan
2) Masukkan belimbing buluh dan cili padi
3) Kemudian masukkan cendawan portobello
4) Akhir sekali senkuang, lada hitam dan garam secukup rasa.

Mudahkan? Tapi kenalah buat jeruk belimbing tu dulu, hehe..

Selamat mencuba.