Mengkudu Bilis

Salam & Selamat Malam

Daun mengkudu banyak khasiat yang sangat baik untuk kesihatan. Namun rasanya sedikit pahit, membuatkan ramai yang tidak menggemarinya. Tapi bagi saya kombinasi bahan-bahan dalam resipi ini membuatkan hidangan ini sedap terutamanya apabila dicicah dengan sambal. Menyelerakan bila makan dengan nasi panas dan ikan bakar atau ikan goreng.

Jom baca tentang khasiat mengkudu

image

Bahan-bahan:
1) 1 mangkuk daun mengkudu yang telah direbus sehingga lembut
2) 1 biji tomato dihiris nipis
3) 4 ulas bawang merah dihiris nipis
4) Cili padi merah dihiris nipis
5) 1~1 1/2 tbsp minyak bijan
6) 1/2 biji jus lemon
7) 1/2 ~3/4 kiub pati ikan bilis maggie
8) Garam secukup rasa

Cara:
1) Daun mengkudu diperah buang air dan dihiris kecil
2) Semua bahan 2~8 digaul rata dengan daun mengkudu
3) Biarkan selama 30 minit sebelum dihidang.

Selamat mencuba.

Sayur Lemak Mengkudu

Pagi tadi saya petik pucuk dan daun muda mengkudu yang saya tanam ditepi rumah. Dah lama sangat tak buat masak lemak daun ini. Sedap juga bila masak dengan jeruk belimbing.

image

image

image

Saya rebus daun mengkudu dan kemudian bilas dan perah daun beberapa kali untuk buangkan pahitnya.
Untuk masak lemak daun mengkudu kali ini saya masukkan serai dan jeruk belimbing buluh selain dari sedikit ikan masin kurau.
Seperti biasa tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit. Panaskan air secukupnya dan masuk bahan yang ditumbuk, serai yang dititik dan ikan masin. Bila ikan masin dah masak baru masukkan daun mengkudu dan jeruk belimbing. Akhir sekali barulah masukkan santan. Kacau sehingga rata dan biarkan mendidih sekejap saja baru padam api.

Berselera betul makan tengah hari tadi. 🙂

Jom baca tentang khasiat daun mengkudu yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Khasiat Mengkudu & Masak Lemak Daun Mengkudu.

Khasiat Mengkudu:
Buah dan daun: Direbus dan diminum untuk melembutkan kulit, melawas buang air kecil dan besar, melawas haid dan mengeluarkan toksin.
Air rebusan buah atau jus buah: Diminum untuk merawat batuk, asma, bengkak limpa, membunuh cacing dalam perut dan usus, diabetes, disenteri, hepatitis dan melancar pengaliran darah.
Daun: Direbus dan diminum sebagai tonik, merawat demam panas dan mengetatkan tisu.

Pes daun boleh ditampal pada bisul, gatal-gatal, luka, nanah, psoriasis dan ulser.
Daun dipanaskan diletakkan pada dada untuk melegakan batuk, rasa mual, bengkak limpa dan kolik.
Kulit kayu: Direbus dan diminum untuk merawat cirit birit.
Akar: Direbus dan diminum sebagai antibiotik, antiseptik, tonik, menguatkan badan, ubat demam panas, merawat disenteri, pendarahan dalam, kaku, buasir, sesak nafas, pendarahan dalaman, membunuh cacing dalam perut dan usus, mengurangkan tekanan pada arteri dan tekanan darah tinggi.

Hebat betul khasiat pokok mengkudu…
Bagus juga pokok ini ditanam diperkarangan rumah, boleh memberi manfaat pada kita bila perlu, insyaAllah. 🙂
Sumber: Sayuran
khasiat makanan & ubatan
Oleh: ONG HEAN CHOOI

image

image

Jom masak..
image

image

image

Bahan-bahannya:
1) Daun mengkudu 15 helai atau lebih terpulang
2) Ikan masin kurau, 12 ketul yang telah dipotong kecil.
3) 6~8 biji buah asam belimbing
4) 5 biji cili padi
5) serbuk kunyit
6) 6 biji pisang muda
7) 1 kotak kecil santan kara tanpa kolesterol. Kalau ada santan segar lagi sedap 🙂
8) 2 cawan air atau lebih, terpulang. Saya suka kuah yang pekat.

Cara membuatnya:
1) Daun mengkudu direbus sekejap dan kemudian dihiris. Kemudian dibilas 3~4 kali dan diperah supaya pahit daun mengkudu ni dapat dikurangkan.
2) Tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit dan masukkan kedalam periuk berisi air dan masak atas api dan bila mendidih masukkan ikan masin kurau. Kemudian masukkan pisang yang telah dihiris, asam belimbing yang telah dibelah dua dan daun mengkudu. Masak sekejap lagi atas api… tak perlu masukkan garam kerana kuahnya dah masin.

Ok dah masak, boleh dihidang.
Jom makan.. 🙂