Khasiat Pokok Bunga Kertas

Di rumah saya ada sepasu pokok bunga kertas yang sedang galak berbunga.
Ada satu ketika, saya pernah ternampak di FB, gambar bunga kertas segar yang digoreng untuk dimakan. Dikatakan ia sedap tapi entahlah, goreng gitu saja tanpa tepung. Makes me wonder, is it really good?

Anyway, pokok bunga kertas mempunyai khasiat yang tersendiri dalam perubatan herba tradisional.

Air rebusan bunga kertas merah diminum untuk merawat batuk dan air rebusan akarnya pula diminum untuk mencuci perut serta usus dan mengatasi masalah sembelit serta merawat demam panas. Manakala daun pokok kertas ditumbuk lumat dan ditampal untuk merawat luka.
Bagus juga kalau ada sepasu dua pokok bunga kertas ini di rumah, kan?

image

image
Bagi saya, bunga kertas yang merimbun memang sangat cantik!

Rujukan:
Siti Fauziah Yusof: Tanaman Hiasan Ubatan Di Sekeliling Anda

Ong Hean Chooi: Tanaman Hiasan
Khasiat Makanan dan Ubatan

Limau Kasturi

Siapa sangka buah yang sekecil limau kasturi ini mempunyai khasiat yang lebih banyak daripada sebiji epal hijau iaitu antara buah-buahan yang mempunyai kadar antioksidan terbaik.

Perahan jus limau kasturi bukan saja mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman. Malah jus limau kasturi apabila dicampur dengan air dan madu diminum boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong. Selain dari itu minum jus dari 3 biji buah limau kasturi tanpa dicampur air sebelum sarapan selama 3 hari berturut-turut dikatakan berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Jus limau kasturi mengandungi Floretin-G yang amat baik untuk kesihatan badan. Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.

image

Selain Floretin-G,limau kasturi juga mempunyai asid ferulik iaitu bahan antioksidan semulajadi untuk menambah baik kesihatan sistem tubuh manusia selain dapat mengurangkan kedutan pada kulit.

Hmm..rasanya yang masam tapi mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. 🙂

Rujukan:
Berita Harian 1 Jun 2013
Ong Hean Chooi: Rempah-ratus, khasiat makanan & ubatan.

Akar Teratai

Teratai adalah tumbuhan herba. Hampir semua bahagian pokok ini; akar, batang bunga muda, dan biji benih digunakan secara meluas dalam masakan Jepun dan Cina.

Air rebusan akar teratai diminum untuk merawat demam panas, cirit birit, kencing berdarah, hidung berdarah dan pendarahan dalam sistem penafasan

AKAR TERATAI yang muda boleh dimakan mentah dan yang matang sering dimasak sup, goreng ataupun dikukus.
image

AKAR TERATAI GORENG
image
Akar teratai dihiris nipis dan diperap dengan rempah kari ikan & garam secukup rasa selama 15 minit. Goreng sehingga garing dan sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.

image
Semalam saya rebus akar teratai dengan carrot. Rasa macam air rebusan jagung, sedap juga.

A good diet leads to a good health ~ 😉

Ref: Sayuran
Khasiat makanan & Ubatan
Ong Hean Chooi