Ketumbar Jawa

Pokok ketumbar jawa ini saya beli pada 3 bulan lepas. Tak sangka pula pokok ini hidup, sebabnya beberapa hari selepas saya pindahkan ia ke dalam pasu, pokok ini jadi kering, kekuningan dan macam dah tak nak hidup lagi, hehehe…
Alhamdulillah, sekarang nampaknya pokok ketumbar jawa saya ini, hidup dengan segar bugar sekali. 😉

Pokok ketumbar jawa boleh ditanam dengan biji atau keratan batang. Walaupun ia lebih dikenali sebagai herba masakan yang digunakan sebagai pengganti ketumbar, ketumbar jawa juga digunakan untuk tujuan perubatan. Namun begitu ia tidak sesuai digunakan sebagai ubat bagi wanita yang hamil atau yang ingin hamil.

Seluruh bahagian pokok ini digunakan untuk merangsang dan melawaskan haid, merangsang peluh, merawat demam panas, sakit perut, mengeluarkan angin dari perut dan usus dan menurun tekanan darah tinggi.

image

image

Daun muda ketumbar jawa berbau seperti daun ketumbar biasa dan ia boleh dibuat ulam atau pun di masukkan ke dalam masakan bagi menambah perisa…

Ruj:
Ong Hean Chooi
Rempah-ratus
Khasiat makanan & Ubatan

Advertisements

Khasiat Belimbing besi

Semalam dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, Singgah di R & R Pagoh. Nampak buah belimbing besi. Buah ni kegemaran suami. Saya? Hmm… banyak-banyak jenis buah, belimbing besi lah yang paling saya tak gemar.

image
Buah ni kaya dengan antioksidan, Kalium, vitamin C dan zink.

Dikatakan khasiat buah ni boleh merawat demam, penyakit kencing manis, kencing tak lawas, darah tinggi, sakit tekak dan selsema. Ia juga meningkatkan stamina, menurun paras kolesterol, melegakan sembelit dan bermanfaat pada kulit dan rambut. Buah ni amat membantu bagi menghilangkan jerawat dan melambatkan kedutan atau tanda penuaan.

Buah ini mengandungi kadar asid oksalik yang tinggi dan dikatakan boleh memudharatkan seseorang yang mengalami masalah buah pinggang, batu karang dan juga mereka yang sedang menjalani rawatan dialisis. kemudharatan yang mungkin berlaku ialah kelemahan otot, insomnia dan sawan
image
(Buku ini juga dirujuk)

Buah belimbing yang dikisar boleh digunakan sebagai masker muka supaya kulit muka menjadi segar, anjal dan kelihatan bersih.

Saya juga pernah baca bahawa jus buah ini boleh digunakan untuk membuang kotoran pada linen dan mencuci barang tembaga.

Saya sendiri tak pernah cuba petua diatas. Kalau petua ni berkesan, bolehlah nanti beritahu saya ya.. 😉