Semalam dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, Singgah di R & R Pagoh. Nampak buah belimbing besi. Buah ni kegemaran suami. Saya? Hmm… banyak-banyak jenis buah, belimbing besi lah yang paling saya tak gemar.

image
Buah ni kaya dengan antioksidan, Kalium, vitamin C dan zink.

Dikatakan khasiat buah ni boleh merawat demam, penyakit kencing manis, kencing tak lawas, darah tinggi, sakit tekak dan selsema. Ia juga meningkatkan stamina, menurun paras kolesterol, melegakan sembelit dan bermanfaat pada kulit dan rambut. Buah ni amat membantu bagi menghilangkan jerawat dan melambatkan kedutan atau tanda penuaan.

Buah ini mengandungi kadar asid oksalik yang tinggi dan dikatakan boleh memudharatkan seseorang yang mengalami masalah buah pinggang, batu karang dan juga mereka yang sedang menjalani rawatan dialisis. kemudharatan yang mungkin berlaku ialah kelemahan otot, insomnia dan sawan
image
(Buku ini juga dirujuk)

Buah belimbing yang dikisar boleh digunakan sebagai masker muka supaya kulit muka menjadi segar, anjal dan kelihatan bersih.

Saya juga pernah baca bahawa jus buah ini boleh digunakan untuk membuang kotoran pada linen dan mencuci barang tembaga.

Saya sendiri tak pernah cuba petua diatas. Kalau petua ni berkesan, bolehlah nanti beritahu saya ya.. 😉

2 thoughts on “Khasiat Belimbing besi

  1. Betul tu, utk mencuci barang tembaga, saya ingat lagi tok selalu gosok belimbing ni masa mencuci talam tembaga dan bekas sireh dia dulu2. Periok tembaga dgn senduk pun jadi mangsa lepas dia masak halwa yg kuning2 tu..apa nama, dah lupa… ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s