Menu Sihat dihujung Minggu

Assalamualaikum & hi!
Sajian hidangan saya dihari minggu ini ~ sup pasta yang serba ringkas dan berkhasiat. Salah satu khasiatnya adalah disebabkan daun ketumbar yang dimasukkan ke dalam sup, yang mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi berbanding dengan beberapa jenis sayuran dan buahan. Daun ketumbar juga sangat berkesan untuk menyahkan toksik dari tubuh badan.

Justeru menu ini sangat sesuai dicuba terutama bagi sesiapa yang nak detoks dan diet. 🙂

Jom intai resipi

Pasta organik
image

image

Bahan-bahan:

1) Pasta direbus sehingga lembut.
2) 1 ekor kecil ayam kampung dipotong 8 dan dibuang kulit
3) 2 biji buah tomato dibelah 8 setiap satu
4) 4 ulas bawang putih diketuk
5) Segenggam daun ketumbar dihiris kecil
6) Serbuk lada putih dan garam
7) Limau nipis, daun bawang dan cili dihiris

Cara:
1) Rebus ayam dengan air secukupnya sehingga mendidih.
2) Masukkan buah tomato dan bawang putih. Reneh selama 20 minit
3) Akhir sekali masukkan daun ketumbar, serbuk lada putih dan garam secukup rasa

Masukkan sup ke dalam pasta dan hias dengan daging ayam yang telah dicarik-carik, daun bawang, cili dan limau nipis.

Sup pasta enak dimakan panas-panas

Selamat menjamu selera.

Artichoke

Artichoke adalah sayur yang rendah kalori dan lemak, tetapi kaya dengan serat. Pemakanan yang kaya serat boleh membantu merawat sembelit dan membantu mengelakkan risiko kanser kolon.

SEMUA DAUN KERAS DIBUANG DAN REBUS HINGGA ISI MENJADI LEMBUT
image
Ekstrak daun artichoke sangat bermanfaat kepada pelbagai penyakit. Ia diminum bagi mengatasi pada masalah hati dan hempedu, membantu pencernaan lemak, penyakit kuning dan loya. Ia juga merangsang metabolisme, detoksifikasi dan membendung cecair dalam badan.
Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine:
Teh artichoke: 1-2 tsp daun atau akar artichoke direndam di dalam secawan air yang mendidih selama 15 minit.

SEMUA DAUN KERAS DIBUANG SELEPAS DIREBUS. DIHUJUNG DAUN KERAS TERDAPAT SEDIKIT ISI YANG LEMBUT YANG BOLEH DIMAKAN.
image
ISI LEMBUT DAN SABUT
image

BAHAGIAN BERSABUT TIDAK DIAMBIL. HANYA ISI DIGUNAKAN UNTUK SALAD
image
SALAD ARTICHOKE
image
Seperti biasa, saya cuma masukkan perahan jus lemon, minyak zaitun, sedikit madu dan garam secukup rasa ke dalam salad ini.

Artichoke boleh dimakan mentah dan bagi saya ia lebih sedap daripada direbus atau dikukus. Rasa yang telah direbus sikit macam ubi keladi tapi ubi keladi lagilah sedap! 🙂

Rujukan:
Bartram’s Encyclopedia of Herbal Medicine

Keremak Merah & Udang Keremak

Herba keremak merah senang didapati di pasar tani dan harganya pun murah je. Biasanya untuk 1 ikat kecil dijual dengan harga 1 ringgit. Kali pertama saya kenal keremak merah ini, bila kawan cina berikan pada saya. Katanya herba ini sangat popular dikalangan kaum cina dan mereka sering jadikan keremak merah, minuman untuk tujuan detoksifikasi.

Dikatakan herba ini boleh menyahkan toksik serta membersih dan melancarkan peredaran darah.

image

image

(Kurma mutt joe atau dried honey dates ini boleh direbus bersama daun keremak)

Apa yang menarik tentang herba ini ialah bila saya baca tentang seorang lelaki yang pergi melakukan pemeriksaan perubatan dan diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai tiga arteri utamanya tersumbat dan beliau dijadualkan untuk pembedahan pintasan dalam masa beberapa minggu. Dipendekkan cerita, selepas minum air keremak merah yang direbus dengan kurma mutt joe setiap hari selama 2 minggu, beliau tidak perlu melakukan pembedahan kerana didapati tiada lagi sumbatan pada arterinya.

Sila klik link di bawah untuk info selanjutnya. Sangat menarik untuk dibaca..

Jom tengok resipi Udang Keremak pulak.. 🙂
image

image

Bahan-bahan:

1) 10 ekor udang. Cuci dan gaul sedikit garam.
2) 6~7 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang.
3) 1 1/2″ ikan masin kurau
4) 1 mangkuk daun keremak merah, buang tangkai yang keras.

Caranya:

1) Goreng bawang putih hingga kekuningan, angkat dan toskan.
2) Goreng ikan masin yang dihiris nipis hingga kuning dan masak. Angkat dan toskan.
3) Tumbuk bawang putih dan ikan masin, jangan sampai lumat.
4) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang ditumbuk, daun keremak dan udang. Goreng sehingga udang masak.

Oopss, kalau nak pedas, goreng cili padi hingga masak dan toskan. Kemudian tumbuk dengan bawang putih dan ikan masin.

Hmmm… I love it 😀

Simple herbal drink for blood cleansing & detoxification